Sunday, September 30, 2012

BAJET 2013: HARGA GULA DIPANTAU


Seramai 1,900 pegawai penguatkuasa dan 1,300 pegawai pemantau harga akan meninjau restoran di seluruh negara bagi mengelak kenaikan harga makanan dan minuman.

Ia berikutan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata berikutan pengurangan subsidi itu, pihak pembekal makanan dan restoran sepatutnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan.

Tambahnya, langkah kerajaan mengurangkan subsidi gula sepatutnya dilihat dari segi kesihatan, kerana kerajaan ingin mengubah pengambilan gula berlebihan oleh rakyat di negara ini.

Walaupun subsidi dikurangkan, kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram membabitkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta.

Harga runcit terkini gula ialah RM2.30 sen sekilogram.

No comments: