Sunday, January 16, 2011

Nyaris Rentung

Tindakan pantas seorang kakak berjaya menyelamatkan dua adiknya daripada rentung. Kebakaran menyebabkan rumah mereka hangus. Lebih memilukan semua persiapan menghadapi SPM dan UPSR mangsa musnah.

Kebakaran 3.15 petang tadi membabitkan sebuah unit rumah di tingkat empat, Blok B, Rumah Pangsa Taman Melati. Ketika kejadian, tiga beradik terbabit berada di dalam rumah.

Ibu, Amirah Saadullah, 43 tahun, keluar bekerja sebagai pemandu teksi. Ayah pula di Rembau atas urusan perniagaan. Api bermula di sebuah bilik dan disedari Nurdhaniyah Shamsu Shuhaimi, 17 tahun yang terhidu bau asap. Adiknya, Mohd Fikri, 12 tahun dan Mohd Farid, 5 tahun tidur di ruang tamu.

Nurdhaniyah segera menarik kedua-duanya dan sempat membuka pintu hadapan sebelum api marak. Jeriji besi pintu hadapan yang tidak berkunci membolehkan dia sempat bertindak.

Api berjaya dikawal bomba setengah jam kemudian. Punca kebakaran dalam siasatan.

Makmal Transformasi Kaji Keperluan Belia

Satu makmal transformasi pembangunan belia akan diwujudkan, bagi mengkaji kehendak dan keperluan belia negara.

Tumpuan khusus diberi kepada kelompok belia yang dikategori sebagai " gen y ", berusia antara 10 hingga 28 tahun, yang mewakili 11.4 juta orang.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat pertama jawatankuasa kabinet mengenai pembangunan belia di Putrajaya.

Kelompok lain yang dikenalpasti adalah " gen. x ", berusia 29 hingga 45 tahun, mewakili 3.7 juta orang manakala "boomers" berusia 45 hingga 56 tahun, mewakili 4.95 juta orang.

Penubuhan makmal itu katanya, akan diselaraskan Kementerian Belia dan Sukan bersama menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebelum dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan dalam tempoh enam hingga lapan minggu.

Rusuhan Di Karachi, 37 Maut

37 maut dalam rusuhan sebagai membantah kematian pemimpin parti politik pergerakan Muttahida Qaumi, MQM, Raza Haider di bandar Karachi, Pakistan.

Haider dan pengawal peribadinya ditembak mati ketika menghadiri majlis pengkebumian di masjid Nazimabad.

Ketua polis Karachi, Waseem Ahmed berkata 90 mangsa turut cedera sementara puluhan kedai dan kenderaan dibakar dalam rusuhan yang tercetus.

Tegasnya, polis mempunyai maklumat pembunuhan Haider dilakukan sebuah pertubuhan yang diharamkan.

Seteru utama MQM adalah Parti Kebangsaan Awami, parti nasionalis sekular yang majoriti dianggotai etnik pashtun.

Kerajaan mengarahkan agar sekolah dan kolej di Karachi dan bandar sekitarnya ditutup hari ini.

Pembunuhan Haider mencetuskan ketidakstabilan di Karachi yang sebelum ini sering dikejutkan dengan keganasan politik, etnik dan perbezaan mazhab.

Penjaga Kuil Mati Diserang

Gara-gara tabung kuil, nyawa pemilik sebuah kuil hindu di bandar Puteri Puchong, melayang.

Siasatan polis mendapati, 3 lelaki yang menyerang mangsa mendakwa mangsa melarikan sejumlah wang milik tabung kuil itu.

Setelah dibelasah dan ditetak, mangsa yang parah sempat melarikan diri dengan keretanya menuju ke sebuah stesen minyak berhampiran untuk meminta bantuan.

Bagaimana pun, mangsa rebah dan mati akibat pendarahan teruk.

Tidak lama selepas kejadian, seorang daripada tiga suspek membuat laporan polis, mendakwa mangsa cedera akibat terjatuh.

Ketua Polis daerah Serdang, ACP Abdul Razak Elias berkata, keterangan awal suspek mengelirukan, menyebabkan dia ditahan.

Pemeriksaan polis mendapati cermin sebelah pemandu kereta mangsa dipecahkan, dipercayai dihentak objek keras ketika mangsa cuba melarikan diri.

Polis sedang memburu dua lagi suspek kejadian.

Bekas ADUN Permatang Mati Ditembak

Tiada individu lain terbabit.

Itu disahkan Ketua Polis Selangor ketika cuba merungkai misteri kejadian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Naib Ketua Wanita UMNO bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing masing.

Menurut Datuk Khalid Abu Bakar, ketika kejadian 11.30 pagi, kereta dipandu Datuk Abdul Aziz dalam perjalanan dari ibu negara menuju utara.

Sebaik tiba di kilometer 455.7 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Sungai Buloh, kereta ini dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kanan lebuhraya sebelum melanggar pembahagi jalan.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan, polis mendapati ada kesan tembakan di kepala Datuk Abdul Aziz dan Siti Rohana.

Turut ditemui di dalam kereta, sepucuk pistol jenis revolver.

Ia disahkan milik Datuk Abdul Aziz berdasarkan penemuan permit memiliki senjata api dalam sebuah beg.

Kedua-dua mayat dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Datuk Khalid turut mengesahkan, tembakan dilepaskan dari dalam kereta iaitu dua das di kepala Datuk Abdul Aziz dan satu di kepala Siti Rohana.

Menurut Datuk Khalid, tiga kelongsong peluru ditemui di dalam kebuk pistol manakala dua butir peluru pula masih di dalam kebuk pistol.

Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup di plaza tol bagi memastikan hanya kedua-dua mangsa di dalam kereta sebelum kejadian.

Visa Semasa Ketibaan Tetap DIbatalkan

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan untuk tidak lagi memperkenalkan semula visa sewaktu ketibaan kepada pelancong asing di pintu masuk di negara ini.

Sebelum ini, hanya warga India, Pakistan dan Afghanistan dilarang mendapatkan kemudahan VOA.

Diperkenalkan pada 2006, VOA memberi 14 hari untuk seseorang yang memerlukan visa berada di Malaysia.

Tahanan Bolos Dari Depoh KLIA - Memalukan!

Kejadian 20 warga Afghanistan yang bolos dari depoh tahanan KLIA, semalam meninggalkan impak yang cukup hebat.

Kepada Timbalan Perdana Menteri, arahan dikeluarkan siasat punca lolos...mungkin ada dalang di sebalik kejadian.

Kepada Menteri Dalam Negeri, ia satu kejadian memalukan.

Akibatnya, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Imigresen diberi kata dua.

Pada 2 mac lalu, 16 mangsa pemerdagangan manusia dari Afghanistan dan Myanmar melarikan diri dari depoh ini.

Tak sampai dua bulan selepas anggota dan pegawai imigresen baru di tugaskan di depoh yang sama, 20 lagi berjaya meloloskan diri semalam.

Bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, arahan siasat punca bolos perlu disulami dengan siasatan kemungkinan wujudnya sindiket yang menyumbang kepada berulangnya kejadian memalukan itu.

Kos Haji Kekal Pada RM9,980

Untuk dua tahun berturut-turut, kos mengerjakan haji tidak dinaikkan dan kekal pada RM9,980.

Malah, bagi musim haji tahun ini, Malaysia turut memohon supaya kuota ditambah daripada 26 ribu orang yang ditetapkan pada masa ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau ditemui selepas merasmikan penjenamaan semula logo Theta Edge Berhad di ibu negara, siang tadi.

Theta Edge Berhad sebelum ini dikenali sebagai Lityan Holdings ditubuhkan 25 tahun lalu dan terbabit dalam pembangunan industri ICT.

Lembaga Tabung Haji adalah pemegang saham utama syarikat berkenaan.

Syabu Oh Syabu

Entah mana silapnya, syabu membabitkan warga Iran semakin menakutkan.

Sudah 108 orang ditangkap polis untuk tujuh bulan pertama tahun ini dan sudah 270 kilogram syabu dirampas.

Hari ini, satu lagi rampasan dan tangkapan dimaklumkan iaitu 113 kilogram syabu dengan nilai lebih RM24 juta.

Rampasan terbaru ini hasil kerjasama PDRM bersama pihak berkuasa Singapura.

Bertindak atas maklumat, polis menyerbu sebuah rumah mewah di Mont Kiara, ibu negara, jam tiga petang, 31 julai lalu.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui lapan silinder yang berisi syabu.

Pemeriksaan menunjukkan silinder tersebut yang tiba 30 julai lalu diikrar sebagai bungkusan ais namun ia sebenarnya berisi syabu dengan setiap satu gulungan seberat 14 kilogram.

Dua lelaki iaitu seorang warga Iran dan seorang warga tempatan ditahan.

Polis menyita sebuah kereta mewah bernilai RM500 ribu dan merampas wang tunai RM260 ribu di dalam sebuah akaun bank.

Premis yang diserbu pula disewa dengan kadar RM13 ribu sebulan.

Usaha masih dijalankan untuk mengesan saki baki sindiket berkenaan.

Negara Asing Tumpu Pelaburan dalam Negara

Malaysia tidak boleh mengharapkan Pelaburan Langsung Asing, FDI yang besar seperti sebelumnya kerana kebanyakan negara dan syarikat asing kini tidak mempunyai wang untuk dilaburkan di luar negara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka juga ingin melabur di negara sendiri berikutan kadar pengangguran yang tinggi di tempat masing-masing.

Tun Dr Mahathir Mohamad / Bekas Perdana Menteri
"Kebanyakan negara asing dan ahli perniagaan mereka tidak mempunyai wang untuk melabur. Mereka akan melabur di negara sendiri kerana kadar pengangguran yang tinggi. Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan sangat Pelaburan Langsung Asing pada masa ini."

Beliau diminta mengulas laporan Pelaburan Dunia 2010 yang menyebut bahawa pengaliran masuk FDI ke Malaysia jatuh 81 peratus daripada RM23.47 bilion pada 2008 kepada RM4.43 bilion tahun lalu.

Beliau sebelum itu melancarkan sambutan ulang tahun keempat 'The Loaf', bakeri dan bistro ala Jepun . Beliau adalah juga Pengerusi The Loaf bercadang menjadikan perniagaan itu sebagai perniagaan francais.

Persiapan Menjelang Pilihan Raya 13

Setiap bahagian UMNO perlu menubuhkan pasukan khas daftar pengundi di kalangan penduduk kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, DUN, terbabit.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini selaras dengan arahan Presiden Parti untuk mendaftar pemilih baru, termasuk pengundi muda.

Tan Sri Muhyiddin Yassin / Timbalan Presiden UMNO
"Tanggungjawab kita semua peringkat untuk menyemak daftar pemilih dan kenalpasti. Mereka dicadang didaftarkan. Benar ada di kawasan itu atau di mana mereka sebelum SPR nanti wartakan pemilih di kawasan berkenaan."

Tan Sri Muhyiddin hadir pada perasmian Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di ibu negara. Dalam ucapannya beliau berkata, pendaftaran pengundi baru itu sebahagian arahan tetap wajib dilaksanakan, selain menambah keahlian UMNO.

Inisiatif pendaftaran pemilih baru perlu di-gerakkan lebih aktif dan serius sepanjang masa bagi menyaingi pembangkang. Turut diarahkan, semakan daftar pemilih baru yang dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR.

Ada Tangan Ghaib

Pemecatannya daripada DAP nyata membuatkan tuan punya badan naik angin. Tee Boon Hock Penolong Khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu itu mendakwa ada tangan ghaib di sebalik keputusan berkenaan.

Konflik terbaru di negeri Selangor itu dikaitkan Tee Boon Hock dengan pemilihan parti November depan. Semuanya bermula dengan pendedahan sebuah akhbar tempatan yang dilaporkan 27 Julai lalu iaitu penyalahgunaan kepala surat Exco Selangor oleh seorang ahli kanan DAP untuk mendapatkan tender projek.

Laporan turut menyebut Ahli Majlis Perbandaran Klang, MPK itu menghasilkan perolehan kontrak lebih RM1 juta daripada 20 syarikat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui sedang menyiasat laporan berkenaan dan kecewa dengan tindakan ahli DAP itu dan mengarahkan beliau bercuti sementara siasatan di jalankan. Keesokan harinya, Tee Boon Hock mengakui laporan akhbar berkenaan dan kenyataan Tan Sri Khalid itu merujuk kepada dirinya.

Namun beliau menafikan pernah salah guna kedudukan sebagai pembantu Exco Selangor - Ronnie Liu. Akhbar tempatan yang mendedahkan skandal itu katanya, akan disaman.

Semakin panas apabila kemuncak kepada episod itu, Tee Boon Hock semalam dipecat dari DAP. Keputusan disahkan Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian.

Di hadap Ke Jawatan Kuasa Disiplin

Krisis DAP Selangor makin kusut apabila Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor - Teng Chang Khim juga dikenakan tindakan. Itu yang diputuskan Jawatankuasa Disiplin DAP siang tadi.

Pengerusinya Tan Kok Wai berkata pendengaran khas jawatankuasa ke atas Teng akan diadakan 12 Ogos ini. ADUN Sungai Pinang itu akan di bawa ke Jawatan kuasa Disiplin Parti gara - gara pesanan ini dalam laman sosial "twitter".

Teng Chang Khim / Speaker DUN Selangor
"Oh Tuhanku, dalang sebenar telah dibebaskan!"

Speaker DUN Selangor itu membuat mesej berkenaan malam Sabtu lalu yang mengambarkan Tee Boon Hock akan dipecat daripada parti. Tindakan itu didakwa - menjatuhkan kredibiliti jawatankuasa disiplin parti. Apa pun seolah-olah tidak serik dengan tindakan mengheretnya ke jawatankuasa disiplin, Teng Chang Khim masih memuat-turun status dalam 'twitter' berkait soal dalaman DAP.

Kali ini, lebih tajam. Beliau mengakui dalam DAP wujud ahli yang "makan rasuah"

Petrol RON95 Hanya Untuk Warga Malaysia

Berkuatkuasa hari ini petrol RON95 tidak lagi dijual kepada mana-mana kenderaan bernombor pendaftaran negara asing. Namun bagi rakyat tempatan yang mempunyai kereta terbabit diberi kelonggaran. Mereka hanya perlu tunjuk kad pengenalan jika mahu membeli RON95.

Menteri bertanggungjawab Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu dibuat kerana ramai rakyat negara ini terutama di Johor yang bekerja di Singapura memiliki kereta bernombor pendaftaran republik itu.

Sementara itu di Kelantan, rata- rata pemilik kenderaan bernombor pendaftaran asing patuh kepada arahan itu. Ini kerana harga RON97 di negara ini lebih murah berbanding di Thailand.

RON95 dijual RM1.85 sen seliter di negara ini. Manakala RO

Sebahagian Penjimatan Subsidi Akan Disalur Ke Arah Penyedian Peluang Pendidikan

Sebahagian penjimatan hasil penyusunan semula subsidi, akan disalurkan kerajaan ke arah penyediaan lebih banyak peluang pendidikan di negara ini. Di samping itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau sendiri akan meneliti secara peribadi inisiatif baru pendidikan yang boleh dimanfaatkan generasi muda untuk mencapai kejayaan.

Menerusi Blog 1Malaysia.com. my, Datuk Seri Mohd Najib menggesa generasi muda menggunakan sepenuhnya peluang pendidikan yang disediakan kerajaan. Ia termasuk keputusan kerajaan menawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA berdasarkan merit.

Beliau menegaskan, keputusan itu membuktikan kesungguhan beliau melaksanakan transformasi sejajar dengan konsep Satu Malaysia. Menerusinya, pelajar tanpa mengira kaum layak menerima biasiswa JPA jika mendapat 9A+ atau lebih dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.

Di samping itu, pelajar kurang bernasib baik dari segi sosioekonomi yang mendapat keputusan lebih rendah, juga akan dipertimbangkan biasasiswa berkenan mengikut prinsip keadilan sosial. Ia termasuk pelajar miskin yang tinggal di pedalaman.

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif dan mengatur rancangan lain untuk memudahkan generasi muda mencapai matlamat dan impian masing-masing. Bagaimanapun, pada masa yang sama, Datuk Seri Mohd Najib juga mahu ibu bapa turut memainkan peranan memastikan kejayaan anak mereka sejajar dengan konsep pendidikan bermula dari rumah.

Peraturan Baru Jualan Murah Menjelang Aidilfitri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan akan menguatkuasakan peraturan baru jualan murah menjelang Aidilfitri ini. Menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri, selain memberi notis, peniaga perlu mematuhi dua syarat tambahan sebelum kelulusan jualan murah diberikan kepada mereka.

Menerusi syarat baru itu, peniaga wajib mengemukakan notis untuk mengadakan jualan murah dengan menyertakan senarai semua produk yang ingin dijual serta harga asal dan selepas potongannya. Manakala barangan jualan murah hendaklah meliputi sekurang-kurangnya 70 peratus daripada keseluruhan produk yang dijual kedai mahupun pasaraya.

Datuk Seri Ismail Sabri / Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan
"Kalau dulu dari segi peraturan yang lepas peniaga hanya beri notis. Notis menyatakan mereka jual murah tapi dari segi produk dan sebagainya mereka tak senaraikan. Ini, menyebabkan berlakunya penyelewengan. Barang yang dijual kadang-kadang dinaikkan harga."

Datuk Seri Ismail ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Guru 2010 Peringat Daerah Bera siang tadi.

Menurutnya, penguatkuasaan dan pemantauan akan dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 bagi memastikan semua peniaga mematuhi syarat baru berkenaan. Beliau juga berkata, 20 jenis barangan utama terpilih akan disenaraikan di bawah skim kawalan harga sempena sambutan bulan puasa dan hari raya ini.

Pengumumannya akan dibuat minggu depan.

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing Mati Dibunuh

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati. Lim Ping Peng yang baru lima hari dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Manjung dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar, Lumut, Perak.

Mayat Lim Ping Peng, 49 tahun, dijumpai jam 6 pagi tadi. Anggota keluarga dan pasukan Rela menemuinya selepas mencari Lim yang tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata Lim keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayamnya di Changkat Keruing jam 8 pagi semalam. Polis mengesan beberapa tompok darah di sekitar sebuah pondok dalam ladang berkenaan.

Sebuah kereta Nissan milik mangsa dilarikan. Dua pekerja lada

Utamakan Kepentingan Negara

Kepentingan negara harus diutamakan dan mengatasi segalanya termasuk kepentingan kaum. Ingatan itu diberi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika rakyat mahukan Malaysia terus aman dan makmur.

Tan Sri Muhyiddin Yassin/ Timbalan Perdana Menteri
"Kita harus mengimbangi kepentingan setiap komuniti dan pada masa sama kepentingan negara. kadang kala, permintaan melampau daripada etnik tertentu akan mengakibatkan permusuhan dengan komuniti lain. Permusuhan ini sudah tentu akan menegangkan hubungan etnik yang menjejaskan perpaduan kebangsaan."

Beliau berkata demikian pada ucaptama Sidang Kemuncak Kepimpinan Mahasiswa Malaysia Ke- 4, siang tadi.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia hubungan etnik yang harmoni paling diutamakan, demi kepentingan kebangsaan. Pendidikan, ujar beliau boleh merapatkan jurang ekonomi dan mengukuhkan perpaduan.

Ia boleh dicapai menerusi pemberian biasiswa, meningkatkan mutu pendidikan dan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi.

Tuanku Mizan Gesa Rakyat Tingkatkan Patriotisme.

Tingkatkan patroitisme elakkan keganasan antarabangsa. Itu titah Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada rakyat dan juga pasukan keselamatan. Menurut baginda semangat sanggup berkorban demi negara perlu dipupuk dan di semarakkan sepanjang masa. Baginda bertitah pada istiadat sambutan hari pahlawan di ibu negara.

Menurut Tuanku Mizan, pembangunan ekonomi negara bergantung kepada keamanan dan keharmonian dalam negara. Baginda bertitah, pasukan keselamatan berperanan penting membantu mencapai kemajuan dan kemakmuran negara serta menangkis anasir yang cuba memporak-perandakan negara.

Tuanku Mizan Zainal Abidin/ Yang DiPertuan Agong
"Beta sentiasa berpendapat, akibat sikap manusia menolak toleransi dalam kehidupan maka kedamaian tidak mungkin wujud. Beta berharap pihak keselamatan kita tidak alpa dengan ancaman yang kini sedang mengancam keselamatan dunia itu keganasan antarabangsa. Membina bangsa bertamadun dan negara bersih ancaman keganasan."

Sempena Hari Pahlawan baginda mengingatkan rakyat su

Kadar Tol Tanjung Kupang Turun 1 Ogos.

Kadar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Laluan Kedua Malaysia-Singapura akan turun 30 peratus berkuatkuasa 1 ogos ini. Pengurangan itu membabitkan semua kenderaan.

Pengurangan kadar tol itu adalah sepertimana pengumuman yang dibuat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 22 jun lalu. Langkah itu bertujuan untuk menggalakkan pengguna menggunakan lebuh raya ini selain sebagai insentif bagi menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong dari Singapura.

Lembaga Lebuh raya dalam satu kenyataan juga menyebut pengurangan itu juga alternatif kepada pengguna di Tambak Johor yang sesak supaya beralih ke link kedua.

Tidak Perlu Jawatankuasa Khas

Tidak perlu jawatankuasa khas kabinet. Sebaliknya, gunakan undang-undang sedia ada kerana sistem kehakiman negara tidak pilih bulu.

Itu yang ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu pendakwaan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, PKFZ.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
"Biasanya bila seseorang itu di dakwa dia belum lagi di jatuhkan hukuman, kita tak boleh mengatakan dia melakukan kesalahan, seseorang itu di katakan innocent until proven guilty, tapi proses undang-undang di lakukan secara terus dengan tidak ada campurtangan mana-mana pihak, ini membuktikan sistem keadilan kita ni memang saksama dan tak perlu di ragukan".

Tan Sri Muhyiddin ditemui selepas meraikan kejayaan kontinjen Malaysia pada sukan sekolah ASEAN kedua, di Sekolah Sukan Bukit Jalil siang tadi. Menurutnya, institusi kehakiman negara ini bebas daripada kuasa eksekutif dan bukan sebaliknya, seperti yang sering dijaja pembangkang.

Semalam, Tun Dr. Ling didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berkait pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ. Bekas anggota kabinet itu juga didakwa memperdaya jemaah menteri untuk bersetuju dengan terma antara Kuala Dimensi Sendirian Berhad dan Lembaga Pelabuhan Klang yang menyembunyikan fakta berhubung penilaian tanah berkenaan.

Bunuh Anak

`Memang tertuduh menjerut leher anaknya hingga mati tetapi tertuduh didapati tidak bersalah atas alasan ketidakupayaan mental'.

Dengan penghakiman itu, Mahkamah Tinggi George Town mengarahkan Rosniza Ibrahim dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta selama diperkenan yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Menurut hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin, tertuduh menghidap penyakit kemurungan serius dan dalam keadaan tidak sedar ketika melakukan perbuatan itu pada 18 Februari 2007.

Rosniza berdepan dua tuduhan membunuh dua anaknya di rumahnya di Taman Indah, Lebuh Batu Maung Lapan, Bayan Lepas.

Muhamad Alif Hakimi enam tahun dibunuh 11 malam dan Muhamad Alif Hazimi, dua tahun 15 minit kemudian.

Rosniza dalam kemurungan serius antara dua ribu hingga 2007 kerana masalah rumah tangga dan suami mahu berkahwin lain.

Seorang Pelajar Hangus

Seorang pelajar sebuah pusat pengajian agama, rentung dalam satu kebakaran yang memusnahkan asrama kediamannya awal pagi tadi. Mangsa yang terperangkap di dalam biliknya gagal menyelamatkan diri kerana api marak dengan cepat.

Kebakaran bermula kira-kira 1.30 pagi di Jalan Felcra, Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Ia membabitkan sebuah banglo menempatkan 20 pelajar Pusat Pengajian Hayatul Uloom, pusat tahfiz Al-Quran dan pengajian agama Islam.

Rumah ini dijadikan tempat penginapan dan bilik kuliah. Bomba yang menerima panggilan jam 2.07 minit pagi tiba bersama dua jentera dari Balai kajang dan Pandan Indah. ketika kejadian beberapa pelajar baru hendak tidur. Usaha penghuni memadamkannya gagal.

Mayat pelajar, Abdul Rahman Rosmadi, 7 tahun, kemudiannya ditemui rentung. Rakan mangsa, Mohd Harris Abdullah berkata, dia terdengar jeritan Abdul Rahman namun tidak mampu hendak menolongnya.

Mohd Harris Abdullah/Rakan: "Masa saya tidur tu, pastu saya nak letak kaki, api tu sambar saya. Pastu saya tengok dia orang tengah tiup-tiup api tu, Pastu saya loncat ke bawah. Saya terus larilah".

Menurut mudir pusat pengajian ini, Dr Shahrir Hussin, bangunan ini mempunyai sijil kelulusan bomba.

Dr Shahrir Hussin: "Buat sementara dicutikan. Kita sekarang bangunan ini di bawah bomba. Bomba ambil-alih. Bila siasatan dah siap, laporan dia akan serah balik kepada kitalah".

Pusat pengajian ini ditubuhkan tujuh tahun lalu.

GURU POLITIK

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG 41 hingga DG 48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, langkah itu berlandaskan hakikat guru satu masa dahulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

Bagi tujuan itu, Tan Sri Sidek berkata Pindaan Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993 telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata tidakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan itu. Sebelum ini, peraturan itu menetapkan hanya pegawai dalam kumpulan sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik. Tetapi dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan selain pengetua tau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang sebarang jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

Lubuk YU: Jumlah Kematian Meningkat

Jumlah kematian akibat bakteria meliodiosis dan leptospirosis di hutan lipur Lubuk Yu, Pahang, meningkat kepada enam.
Pagi tadi, seorang anggota bomba dari balai Bandar Pusat Jengka, Mat Nor Abidin Ismail, meninggal dunia di Hospital Temerloh disahkan dijangkiti bakteria itu.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Hoh Kai Mun. Katanya, Allahyarham, seorang daripada anggota terbabit dalam operasi menyelamat mangsa lemas di hutan lipur Lubuk Yu akhir bulan lalu.
Jabatan Kesihatan Pahang baru-baru ini menjalankan operasi membersih kawasan sekitar hutan lipur Lubuk Yu . Lebih 50 petugas menggunakan pakaian khas bagi mengelak dijangkiti bakteria berkenaan.

Pengusaha Lori Enggan Akur

"Kami tidak akan akur dan tidak akan bayar saman."
Itu kata Persatuan Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur, mengenai larangan kenderaan berat di tiga lebuh raya pada waktu puncak bermula 2 ogos depan." Larangan itu diumumkan pihak Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS. Ia bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas, membabitkan 450 ribu kenderaan sehari di laluan itu. Saman akan dikeluarkan polis kepada pengusaha lori yang ingkar.

ALVIN CHONG, SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN PENGUSAHA LORI SELANGOR & KUALA LUMPUR.
"Larangan lori (atas jalan raya) perlu diwartakan dan mendapat kelulusan Parlimen atau Menteri Pengangkutan, yang menyatakan laluan tertentu tidak dibenarkan, jadi saya akan menasihatkan ahli-ahli supaya tidak membayar saman kerana kami akan mencabar penguatkuasaan itu di mahkamah".

Katanya, tiada bukti sahih menunjukkan lori penyebab kesesakan. Perbincangan juga tidak dilakukan dengan persatuannya mengenai larangan berkenaan.

ALVIN CHONG, SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN PENGUSAHA LORI SELANGOR & KUALA LUMPUR
"Siapa yang akan sengara akhirnya? Pengguna yang akan sengsara disebabkan penangguhan penghantaran barangan memakan masa, jika wujud caj tambahan disebabkan pe

Guru dibenar sertai politik

Senario politik tanah air mungkin berubah apabila Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG 41 hingga DG 48 dibenarkan menceburi bidang itu bermula satu ogos ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, langkah itu berlandaskan hakikat, guru suatu masa dahulu memainkan peranan penting dalam masyarakat dan politik negara.

Bagi tujuan itu, Tan Sri Sidek berkata, Pindaan Peraturan 21 Peraturan-peraturan Pegawai Awam, Kelakuan Dan Tatatertib 1993 telah diperkenan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan itu.
Sebelum ini, peraturan itu menetapkan hanya pegawai dalam kumpulan sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik. Tetapi dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai memegang sebarang jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu. Beliau berkata syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik.

Ah Long Diculik dan Dibelasah

Kebiasaannya Ah Long buat hal dengan peminjam, ugut, pukul dan culik. Itu yang berlaku. Tetapi di Johor, kisahnya lain pula. Dua Ah Long diculik oleh peminjam dan dibelasah. Tak cukup dengan itu, wang tebusan RM30 ribu dituntut dari keluarga Ah Long.

Ketua Polis Johor berkata, bertindak atas maklumat anak mangsa yang menerima panggilan telefon pada 6 Julai, memaklumkan penculikan mangsa dan wang tebusan. RM5,000 dimasukkan ke dalam akaun bank manakala RM25,000 secara tunai.

Polis bagaimanapun berjaya menahan lima lelaki dan dua wanita dilakukan di Kota Tinggi, sebaik mangsa culik dilepaskan. Mereka yang ditahan berumur 16 hingga 41 tahun. Buku bank, wang tunai RM6,500 dan 6 telefon bimbit antara yang dirampas daripada penculik.

Kereta mangsa turut ditemui. Polis kini mengesan dua lelaki berkenaan yang alamat terakhir di Felda Tenggaroh, Mersing umtuk membantu siasatan.

Imigresen Diberi Kuasa Penuh

Ketua Pengarah Imigresen kini diberi kuasa penuh bagi menerima atau menolak permohonan warga asing bagi mendapatkan permit masuk ke negara ini. Kuasa yang diperturunkan daripada Menteri sejak 15 julai lalu adalah bagi mempermudahkan prosedur permohonan itu.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
"Untuk mengupayakan KP Imigresen dalam konteks permohonan permit masuk. Mereka boleh ada kuasa dan amanah untuk meluluskan kalau ada yg tak puashati boleh merayu pada menteri".

Sebelum itu proses permohonan permit masuk warga asing dikatakan menyukarkan permohonan berikutan karenah birokrasi. Datuk Seri Hishammudin sebelum itu menganugerahkan taraf kewarganegaraan kepada 89 penduduk minoriti Siam di Kampung Terbok, Tumpat, Kelantan.

Ia seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada masyarakat itu, 15 Julai lalu, selepas menantinya sejak 40 tahun lalu.

Ling Liong Sik Didakwa

Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu kerajaan. Beliau didakwa memperdaya jemaah menteri berhubung pembelian tanah untuk projek `Mega Distribution Hub' di Pelabuhan Klang.

Sejak pagi, wakil media sudah menunggu di Mahkamah Sesyen Kajang selepas tersebarnya berita seorang kenamaan akan didakwa. Bagaimanapun tanda tanya individu yang akan didakwa hanya terjawab selepas kelibat Tun Dr Ling hadir di perkarangan mahkamah 4.36 petang tadi. Beliau tiba bersama isterinya Toh Puan Ena Ling.

Dua pertuduhan dikenakan. Satu pertuduhan utama. Satu lagi pertuduhan pilihan, mengikut Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan. Kepada dua pertuduhan itu Tun Dr Ling yang duduk di kandang tertuduh mengaku tidak bersalah.

Hakim Suzana Hussin membenarkan beliau diikat jamin RM1 juta. Sebutan kes - 3 September depan.

DERA BAYI

Seorang perunding kesihatan didenda 10 ribu ringgit apabila mengaku bersalah mendera bayi milik tunangnya berusia sembilan bulan.

Tertuduh Mohd Azlan Ali membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka Zaharan Hussain.

Dia mendera mangsa dengan memukul menggunakan tangan dan rotan.

Menyebabkan bayi berkenaan lebam di muka dan kaki.

Lagi Bayi Dibuang

Program kesedaran menangani kes buang bayi yang diadakan tidak cukup untuk menimbulkan keinsafan kepada mereka yang terbabit. Hari ini satu lagi mayat bayi ditemui di dalam tong sampah.

Kejadian berlaku di Flet Seri Kelantan, Sentul di ibu negara. Mayat bayi istimewa perempuan ini dipercayai dilahirkan 24 jam lalu dan dibuang sejurus dilahirkan. Bayi malang yang sumbing bibirnya ditemui dibungkus kain batik sekitar jam 10.15 malam semalam oleh seorang lelaki yang mengutip barangan lusuh.

Lelaki berkenaan yang curiga bungkusan kain batik itu mempunyai kesan darah, terus membukanya. Terkejut dengan penemuannya, dia terus memaklumkan kepada polis. Uri bayi masih belum dipotong, selain ada kesan lebam di bahagian kaki dan perut. Turut ditemui bungkusan pakaian yang juga mempunyai kesan darah dipercayai milik ibu bayi ini.

Pusat perubatan swasta, klinik, pengamal perubatan tradisional atau individu yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta menghubungi polis. Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, HKL, untuk bedah siasat.

Selangor

Serah Memorandum

Satu memorandum mengenai isu pasir dan air akan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis depan. Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, memorandum akan diserahkan Pemuda BN Selangor di Istana Kayangan.

Menurut Datuk Seri Noh, memorandum itu bertujuan meminta baginda menasihati kerajaan negeri Selangor supaya tidak menggadaikan masa depan negeri itu semata-mata untuk kepentingan politik mereka. Sehubungan itu juga beliau mengajak rakyat Selangor hadir bersama-sama pada hari berkenaan untuk menghantar memorandum itu.

Semalam, isu pasir memasuki satu lagi episod apabila sekumpulan pengusaha pasir Melayu Selangor menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Selangor, selain bergabung membentuk jawatankuasa bertindak dan menubuhkan konsortium pengusaha pasir Melayu Selangor bagi membela nasib mereka.