Sunday, January 16, 2011

Tidak Perlu Jawatankuasa Khas

Tidak perlu jawatankuasa khas kabinet. Sebaliknya, gunakan undang-undang sedia ada kerana sistem kehakiman negara tidak pilih bulu.

Itu yang ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu pendakwaan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, PKFZ.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
"Biasanya bila seseorang itu di dakwa dia belum lagi di jatuhkan hukuman, kita tak boleh mengatakan dia melakukan kesalahan, seseorang itu di katakan innocent until proven guilty, tapi proses undang-undang di lakukan secara terus dengan tidak ada campurtangan mana-mana pihak, ini membuktikan sistem keadilan kita ni memang saksama dan tak perlu di ragukan".

Tan Sri Muhyiddin ditemui selepas meraikan kejayaan kontinjen Malaysia pada sukan sekolah ASEAN kedua, di Sekolah Sukan Bukit Jalil siang tadi. Menurutnya, institusi kehakiman negara ini bebas daripada kuasa eksekutif dan bukan sebaliknya, seperti yang sering dijaja pembangkang.

Semalam, Tun Dr. Ling didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berkait pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ. Bekas anggota kabinet itu juga didakwa memperdaya jemaah menteri untuk bersetuju dengan terma antara Kuala Dimensi Sendirian Berhad dan Lembaga Pelabuhan Klang yang menyembunyikan fakta berhubung penilaian tanah berkenaan.

No comments: