Sunday, January 16, 2011

Ada Tangan Ghaib

Pemecatannya daripada DAP nyata membuatkan tuan punya badan naik angin. Tee Boon Hock Penolong Khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu itu mendakwa ada tangan ghaib di sebalik keputusan berkenaan.

Konflik terbaru di negeri Selangor itu dikaitkan Tee Boon Hock dengan pemilihan parti November depan. Semuanya bermula dengan pendedahan sebuah akhbar tempatan yang dilaporkan 27 Julai lalu iaitu penyalahgunaan kepala surat Exco Selangor oleh seorang ahli kanan DAP untuk mendapatkan tender projek.

Laporan turut menyebut Ahli Majlis Perbandaran Klang, MPK itu menghasilkan perolehan kontrak lebih RM1 juta daripada 20 syarikat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui sedang menyiasat laporan berkenaan dan kecewa dengan tindakan ahli DAP itu dan mengarahkan beliau bercuti sementara siasatan di jalankan. Keesokan harinya, Tee Boon Hock mengakui laporan akhbar berkenaan dan kenyataan Tan Sri Khalid itu merujuk kepada dirinya.

Namun beliau menafikan pernah salah guna kedudukan sebagai pembantu Exco Selangor - Ronnie Liu. Akhbar tempatan yang mendedahkan skandal itu katanya, akan disaman.

Semakin panas apabila kemuncak kepada episod itu, Tee Boon Hock semalam dipecat dari DAP. Keputusan disahkan Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian.

No comments: