Sunday, January 16, 2011

Negara Asing Tumpu Pelaburan dalam Negara

Malaysia tidak boleh mengharapkan Pelaburan Langsung Asing, FDI yang besar seperti sebelumnya kerana kebanyakan negara dan syarikat asing kini tidak mempunyai wang untuk dilaburkan di luar negara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka juga ingin melabur di negara sendiri berikutan kadar pengangguran yang tinggi di tempat masing-masing.

Tun Dr Mahathir Mohamad / Bekas Perdana Menteri
"Kebanyakan negara asing dan ahli perniagaan mereka tidak mempunyai wang untuk melabur. Mereka akan melabur di negara sendiri kerana kadar pengangguran yang tinggi. Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan sangat Pelaburan Langsung Asing pada masa ini."

Beliau diminta mengulas laporan Pelaburan Dunia 2010 yang menyebut bahawa pengaliran masuk FDI ke Malaysia jatuh 81 peratus daripada RM23.47 bilion pada 2008 kepada RM4.43 bilion tahun lalu.

Beliau sebelum itu melancarkan sambutan ulang tahun keempat 'The Loaf', bakeri dan bistro ala Jepun . Beliau adalah juga Pengerusi The Loaf bercadang menjadikan perniagaan itu sebagai perniagaan francais.

No comments: