Sunday, January 16, 2011

Syabu Oh Syabu

Entah mana silapnya, syabu membabitkan warga Iran semakin menakutkan.

Sudah 108 orang ditangkap polis untuk tujuh bulan pertama tahun ini dan sudah 270 kilogram syabu dirampas.

Hari ini, satu lagi rampasan dan tangkapan dimaklumkan iaitu 113 kilogram syabu dengan nilai lebih RM24 juta.

Rampasan terbaru ini hasil kerjasama PDRM bersama pihak berkuasa Singapura.

Bertindak atas maklumat, polis menyerbu sebuah rumah mewah di Mont Kiara, ibu negara, jam tiga petang, 31 julai lalu.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui lapan silinder yang berisi syabu.

Pemeriksaan menunjukkan silinder tersebut yang tiba 30 julai lalu diikrar sebagai bungkusan ais namun ia sebenarnya berisi syabu dengan setiap satu gulungan seberat 14 kilogram.

Dua lelaki iaitu seorang warga Iran dan seorang warga tempatan ditahan.

Polis menyita sebuah kereta mewah bernilai RM500 ribu dan merampas wang tunai RM260 ribu di dalam sebuah akaun bank.

Premis yang diserbu pula disewa dengan kadar RM13 ribu sebulan.

Usaha masih dijalankan untuk mengesan saki baki sindiket berkenaan.

No comments: