Sunday, January 16, 2011

GURU POLITIK

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG 41 hingga DG 48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, langkah itu berlandaskan hakikat guru satu masa dahulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

Bagi tujuan itu, Tan Sri Sidek berkata Pindaan Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993 telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata tidakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan itu. Sebelum ini, peraturan itu menetapkan hanya pegawai dalam kumpulan sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik. Tetapi dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan selain pengetua tau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang sebarang jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

No comments: