Showing posts with label GENERAL. Show all posts
Showing posts with label GENERAL. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Makmal Transformasi Kaji Keperluan Belia

Satu makmal transformasi pembangunan belia akan diwujudkan, bagi mengkaji kehendak dan keperluan belia negara.

Tumpuan khusus diberi kepada kelompok belia yang dikategori sebagai " gen y ", berusia antara 10 hingga 28 tahun, yang mewakili 11.4 juta orang.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat pertama jawatankuasa kabinet mengenai pembangunan belia di Putrajaya.

Kelompok lain yang dikenalpasti adalah " gen. x ", berusia 29 hingga 45 tahun, mewakili 3.7 juta orang manakala "boomers" berusia 45 hingga 56 tahun, mewakili 4.95 juta orang.

Penubuhan makmal itu katanya, akan diselaraskan Kementerian Belia dan Sukan bersama menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebelum dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan dalam tempoh enam hingga lapan minggu.

Visa Semasa Ketibaan Tetap DIbatalkan

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan untuk tidak lagi memperkenalkan semula visa sewaktu ketibaan kepada pelancong asing di pintu masuk di negara ini.

Sebelum ini, hanya warga India, Pakistan dan Afghanistan dilarang mendapatkan kemudahan VOA.

Diperkenalkan pada 2006, VOA memberi 14 hari untuk seseorang yang memerlukan visa berada di Malaysia.

Sebahagian Penjimatan Subsidi Akan Disalur Ke Arah Penyedian Peluang Pendidikan

Sebahagian penjimatan hasil penyusunan semula subsidi, akan disalurkan kerajaan ke arah penyediaan lebih banyak peluang pendidikan di negara ini. Di samping itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau sendiri akan meneliti secara peribadi inisiatif baru pendidikan yang boleh dimanfaatkan generasi muda untuk mencapai kejayaan.

Menerusi Blog 1Malaysia.com. my, Datuk Seri Mohd Najib menggesa generasi muda menggunakan sepenuhnya peluang pendidikan yang disediakan kerajaan. Ia termasuk keputusan kerajaan menawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA berdasarkan merit.

Beliau menegaskan, keputusan itu membuktikan kesungguhan beliau melaksanakan transformasi sejajar dengan konsep Satu Malaysia. Menerusinya, pelajar tanpa mengira kaum layak menerima biasiswa JPA jika mendapat 9A+ atau lebih dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.

Di samping itu, pelajar kurang bernasib baik dari segi sosioekonomi yang mendapat keputusan lebih rendah, juga akan dipertimbangkan biasasiswa berkenan mengikut prinsip keadilan sosial. Ia termasuk pelajar miskin yang tinggal di pedalaman.

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif dan mengatur rancangan lain untuk memudahkan generasi muda mencapai matlamat dan impian masing-masing. Bagaimanapun, pada masa yang sama, Datuk Seri Mohd Najib juga mahu ibu bapa turut memainkan peranan memastikan kejayaan anak mereka sejajar dengan konsep pendidikan bermula dari rumah.

Utamakan Kepentingan Negara

Kepentingan negara harus diutamakan dan mengatasi segalanya termasuk kepentingan kaum. Ingatan itu diberi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika rakyat mahukan Malaysia terus aman dan makmur.

Tan Sri Muhyiddin Yassin/ Timbalan Perdana Menteri
"Kita harus mengimbangi kepentingan setiap komuniti dan pada masa sama kepentingan negara. kadang kala, permintaan melampau daripada etnik tertentu akan mengakibatkan permusuhan dengan komuniti lain. Permusuhan ini sudah tentu akan menegangkan hubungan etnik yang menjejaskan perpaduan kebangsaan."

Beliau berkata demikian pada ucaptama Sidang Kemuncak Kepimpinan Mahasiswa Malaysia Ke- 4, siang tadi.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia hubungan etnik yang harmoni paling diutamakan, demi kepentingan kebangsaan. Pendidikan, ujar beliau boleh merapatkan jurang ekonomi dan mengukuhkan perpaduan.

Ia boleh dicapai menerusi pemberian biasiswa, meningkatkan mutu pendidikan dan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi.

Tuanku Mizan Gesa Rakyat Tingkatkan Patriotisme.

Tingkatkan patroitisme elakkan keganasan antarabangsa. Itu titah Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada rakyat dan juga pasukan keselamatan. Menurut baginda semangat sanggup berkorban demi negara perlu dipupuk dan di semarakkan sepanjang masa. Baginda bertitah pada istiadat sambutan hari pahlawan di ibu negara.

Menurut Tuanku Mizan, pembangunan ekonomi negara bergantung kepada keamanan dan keharmonian dalam negara. Baginda bertitah, pasukan keselamatan berperanan penting membantu mencapai kemajuan dan kemakmuran negara serta menangkis anasir yang cuba memporak-perandakan negara.

Tuanku Mizan Zainal Abidin/ Yang DiPertuan Agong
"Beta sentiasa berpendapat, akibat sikap manusia menolak toleransi dalam kehidupan maka kedamaian tidak mungkin wujud. Beta berharap pihak keselamatan kita tidak alpa dengan ancaman yang kini sedang mengancam keselamatan dunia itu keganasan antarabangsa. Membina bangsa bertamadun dan negara bersih ancaman keganasan."

Sempena Hari Pahlawan baginda mengingatkan rakyat su

Kadar Tol Tanjung Kupang Turun 1 Ogos.

Kadar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Laluan Kedua Malaysia-Singapura akan turun 30 peratus berkuatkuasa 1 ogos ini. Pengurangan itu membabitkan semua kenderaan.

Pengurangan kadar tol itu adalah sepertimana pengumuman yang dibuat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 22 jun lalu. Langkah itu bertujuan untuk menggalakkan pengguna menggunakan lebuh raya ini selain sebagai insentif bagi menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong dari Singapura.

Lembaga Lebuh raya dalam satu kenyataan juga menyebut pengurangan itu juga alternatif kepada pengguna di Tambak Johor yang sesak supaya beralih ke link kedua.

Pengusaha Lori Enggan Akur

"Kami tidak akan akur dan tidak akan bayar saman."
Itu kata Persatuan Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur, mengenai larangan kenderaan berat di tiga lebuh raya pada waktu puncak bermula 2 ogos depan." Larangan itu diumumkan pihak Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS. Ia bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas, membabitkan 450 ribu kenderaan sehari di laluan itu. Saman akan dikeluarkan polis kepada pengusaha lori yang ingkar.

ALVIN CHONG, SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN PENGUSAHA LORI SELANGOR & KUALA LUMPUR.
"Larangan lori (atas jalan raya) perlu diwartakan dan mendapat kelulusan Parlimen atau Menteri Pengangkutan, yang menyatakan laluan tertentu tidak dibenarkan, jadi saya akan menasihatkan ahli-ahli supaya tidak membayar saman kerana kami akan mencabar penguatkuasaan itu di mahkamah".

Katanya, tiada bukti sahih menunjukkan lori penyebab kesesakan. Perbincangan juga tidak dilakukan dengan persatuannya mengenai larangan berkenaan.

ALVIN CHONG, SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN PENGUSAHA LORI SELANGOR & KUALA LUMPUR
"Siapa yang akan sengara akhirnya? Pengguna yang akan sengsara disebabkan penangguhan penghantaran barangan memakan masa, jika wujud caj tambahan disebabkan pe

Imigresen Diberi Kuasa Penuh

Ketua Pengarah Imigresen kini diberi kuasa penuh bagi menerima atau menolak permohonan warga asing bagi mendapatkan permit masuk ke negara ini. Kuasa yang diperturunkan daripada Menteri sejak 15 julai lalu adalah bagi mempermudahkan prosedur permohonan itu.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
"Untuk mengupayakan KP Imigresen dalam konteks permohonan permit masuk. Mereka boleh ada kuasa dan amanah untuk meluluskan kalau ada yg tak puashati boleh merayu pada menteri".

Sebelum itu proses permohonan permit masuk warga asing dikatakan menyukarkan permohonan berikutan karenah birokrasi. Datuk Seri Hishammudin sebelum itu menganugerahkan taraf kewarganegaraan kepada 89 penduduk minoriti Siam di Kampung Terbok, Tumpat, Kelantan.

Ia seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada masyarakat itu, 15 Julai lalu, selepas menantinya sejak 40 tahun lalu.