Tuesday, October 2, 2012

KUMPULAN NASYID CALIPH@NAVY KDP SERTAI FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PERAK


Bertempat di perkarangan ruang legar Mydin Hypermarket, Bandar Meru Raya telah berlangsungnya Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak.

Ia berakhir dengan meriahnya pada 30 Sep 12.  

Festival Nasyid kali Ke-6 yang bertemakan ‘Wasatiah Tunggak Kesatuan Ummah’ adalah anjuran sepenuhnya Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan (JAIP).  

Pertandingan dianjurkan adalah untuk mencari kumpulan nasyid bagi mewakili Negeri Perak untuk ke Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan kelak. 
Nasyid boleh dijadikan media dakwah yang berkesan, malah ianya  juga dapat membentuk akhlak cemerlang di kalangan generasi muda.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu alunan muzik Nasyid Kontemporari dan Tradisional.  

Di awal saringan, seramai 15 kumpulan nasyid telah menyertai pertandingan ini dengan mempamerkan persembahan dan bakat nyanyian alunan nasyid masing-masing. 
Kumpulan nasyid Caliph@Navy yang mana rata-ratanya adalah warga KD PELANDOK (KDP) turut tidak ketinggalan untuk beradu suara.

Caliph@Navy yang   diketuai oleh Bintara Kanan (BK) Mohd Khairul Hashim. 

Manakala Pengurusnya, Mejar Haminuddin Ahmad, Timbalan Pengurus Leftenan Muhammad Jamil Ismail TLDM.

Walaupun diumumkan sebagai pemenang di tempat ketiga namun ahli-ahli Caliph@Navy tetap berpuashati dengan kemenangan ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz.  

Keputusan penuh Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak mengikut kategori seperti berikut:

Kumpulan Nasyid Kontemporari
Johan : Kumpulan Ukhwah ( Universiti Malaya )
Naib Johan : Kumpulan Al-Falah ( Polikteknik Sultan Azlan Shah )
Ketiga : Kumpulan Caliph@Navy (KD PELANDOK)
 
Kumpulan Nasyid Tradisional
Johan : Kumpulan Husna ( Universiti Malaya )
Naib Johan : Kumpulan Qaseh ( Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah )
Ketiga : Kumpulan Ar-Ridzuan ( Jabatan Agama Islam Perak )

No comments: