Tuesday, October 2, 2012

TEMBAK PERONDA: SEORANG LAGI REMAJA MASIH DIBURU



Seorang remaja yang dikehendaki oleh polis bagi membantu siasatan kes tembak dua anggota polis peronda - menyerah diri di Balai Polis Kepong,pagi tadi.

Ia susulan gambar suspek yang berusia 17 tahun dan dipercayai tinggal di Taman Wahyu, Jinjang, diedarkan pihak polis sejak semalam.

Seorang lagi suspek, Wan Fadrulzaman Wan Mohamad Fadil, 30 tahun yang beralamat terakhir di Mentakab, Pahang, masih lagi diburu.

Semalam polis menembak mati seorang daripada tiga suspek yang disyaki terlibat menembak dua anggota polis berkenaan.

Suspek berusia 32 tahun itu cuba meloloskan diri apabila kereta dipandunya ditahan untuk pemeriksaan berhampiran Taman Desa Water Park. 

Dalam kejadian 27 September lalu, dua anggota polis berpangkat Koperal itu cedera ditembak ketika cuba membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di persimpangan Jalan Kuchai Lama.

Koperal Nur Azlan Abu Bakar, 41 tahun - cedera di leher dan R. Subramaniam, 52 tahun pula cedera di perut.

No comments: