Thursday, February 26, 2009

WARGA ASING

YB Iskandar (kiri) bersama warga DUN Pandan yang meraikan sambutan hari lahir beliau.

Soalan:
Apa kategori peniaga warga asing"?

Patutkah kita halang mereka berniaga jika mereka tidak buat kacau?

Adakah peniaga warga asing itu yang rajin berniaga dan ambil kesempatan atau orang Melayu yang malas berniaga?

Jawapan:
Adalah tidak adil malah satu jenayah apabila warga asing boleh berniaga sesuka hati apabila peniaga tempatan terpaksa membayar lesen, menghadiri kursus kesihatan dan mendapatan suntikan mencegah jangkitan penyakit jika mahu berniaga.

Rajin atau pandai mencari kesempatan tidak boleh menghalalkan perbuatan yang salah. Sebagai wakil rakyat saya perlu melindungi kepentingan rakyat tempatan.

Warga asing juga mempunyai latar belakang yang berbeza. Kos sara hidup mereka adalah rendah. Ada yang sanggup tinggal sehingga 4 atau 5 keluarga satu rumah. Oleh itu, kalau sewanya RM800 sebulan, satu keluarga hanya membayar lebih kurang RM200 sahaja. Tetapi warga tempatan yang tinggal satu keluarga satu rumah terpaksa membayar sewa penuh.

Setiap rumah ada hadnya. Contohnya rumah kos rendah hanya boleh didiami oleh 6 orang dewasa. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan mereka yang membenarkan sebuah rumah menjadi penuh sesak boleh didenda atau dipenjara.

Ini penting kerana sistem pembentungan dan perparitan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain hanya boleh menampung bilangan penduduk yang tertentu. Sekiranya lebih dari yang direkabentuk, ia akan gagal.

Itu sebabnya banyak rumah-rumah kos rendah mengalami banyak kerosakan seperti sistem pembentungan yang tersumbat dan lif-lif yang rosak kerana terpaksa menampung penduduk yang lebih ramai dari yang sepatutnya. Rumah yang dibina untuk satu keluarga kadang-kadang didiami oleh 15 orang pekerja Vietnam atau 4 keluarga Indonesia.

Parit dan tandas selalu tersumbat di Kg. Pandan adalah kerana kawasan tersebut tidak dapat menampung penduduk seramai itu. Kebanjiran warga Indonesia yang tinggal beberapa keluarga dalam satu rumah merupakan penyumbang utama kepada masalah ini.

Pada 21 Januari lalu, saya telah mengadakan serbuan bersama Majlis Perbandaran Kajang untuk mengenalpasti rumah-rumah kos rendah yang disalahguna. Ada yang telah dijadikan asrama pekerja untuk pekerja asing dan ada yang telah diubahsuai kepada pusat perjudian.

Berbalik kepada kos sara hidup warga asing yang rendah, ramai dari mereka yang meninggalkan keluarga di negara asal. Kos untuk menanggung mereka yang masih tinggal di Indonesia, Myanmar atau Bangladesh adalah jauh lebih murah berbanding seorang peniaga tempatan yang terpaksa menanggung keluarga di Lembah Kelang.

Seorang pekerja Bangladesh pernah datang ke pusat khidmat saya mengadu kerana terpaksa membayar permit kerja setiap tahun. Dia berkata ini tidak adil.

Saya memberitahu dia, kehidupannya di Malaysia ditanggung oleh rakyat Malaysia. Contohnya bila dia makan, bahan makanan seperti minyak masak, gula dan tepung dijual dengan subsidi yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Harga bahan-bahan itu sepatutnya lebih mahal tetapi menjadi murah dengan subsidi yang dibiayai oleh cukai-cukai yang rakyat Malaysia bayar.

Dia tidak membayar cukai pendapatan, cukai taksiran atau cukai tanah tetapi masih merungut.

Jika benar warga asing rajin dan pandai mencari kesempatan, kenapa mereka perlu datang ke Malaysia? Sudah tentu mereka boleh mencari kesempatan di negara sendiri.

Kita tidak boleh menghukum warga tempatan dengan mendedahkan mereka kepada persaingan-persaingan yang tidak seimbang atau tidak adil. Warga asing sepatutnya hanya mengisi sebarang kekosongan dan bukan menjadi saingan kepada warga tempatan.

Tugas sebuah negara untuk melindungi rakyatnya. Saya berharap pengurus-pengurus pasar malam memahami jika mereka dikenakan tindakan oleh MPAJ dan MPAJ pula jangan 'tutup sebelah mata'. - oleh YB
Iskandar Abdul Samad, Exco Selangor.

BIODATA

Full name: Iskandar Abdul Samad

Age: 47

Education: Malay College, Kuala Kangsar; A-Levels at Southampton College, UK; Degree and postgraduate diploma in architecture at Humberside College, UK.

Profession: Former resident architect (he quit to serve the people full-time).

Constituency: Chempaka (under the Pandan parliamentary constituency)

Marital status: Married to teacher Salasiah Zakaria, 35

Number of children: Six.

The oldest is 17; the youngest is 14 months old.

Contact: He can be contacted at 019-298 9835, 03-9283 3835 or pas_pandan@yahoo.com

Service centre: A-1-03, Jalan Hilir 1, Taman Angsana Hilir, 55100 Kuala Lumpur.

No comments: