Saturday, October 6, 2012

RAKYAT TERIMA MANFAAT PELABURAN ASING


Setiap pelaburan asing yang diterima oleh kerajaan, limpahan manfaatnya akan dinikmati rakyat.

Jaminan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang percaya limpahan itu dapat meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi rakyat, terutamanya yang berada di sesebuah kawasan pelaburan itu.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI.
"Kerajaan akan mempertimbangkan bagaimana pelaburan yang diterima ini dapat memberi limpahan manfaat kepada rakyat. Manfaat dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, peningkatan taraf sosio ekonomi dan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat setempat".

Perdana Menteri yang berada di Terengganu hari ini - merasmikan Majlis Pecah Tanah Loji Bio-Metionina dan Tiokimia Bersepadu di Taman Biopolimer, Kerteh.

Projek bernilai dua bilion ringgit ini terletak atas tapak seluas 70 hektar.

Ia usahasama antara C.J Cheiljedang dari Korea dan platform biokimia Arkema dari Perancis, yang bakal beroperasi pada Disember tahun depan.

Projek bioteknologi pertama di dunia ini menggunakan proses penapisan dalam menghasilkan l-metionina, sejenis asid amino yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan haiwan.

Loji ini diunjurkan mampu menjana pendapatan negara kasar 11.1 bilion ringgit menjelang 2020 dan 20 bilion ringgit dari segi nilai jualan.

Taman Biopolimer Kertih antara projek penting di wilayah ekonomi pantai timur.

Thursday, October 4, 2012

TERPEDAYA SINDIKET GORES DAN MENANG



Disangka menang sebuah kereta bernilai 230 ribu ringgit, rupanya hanya sebuah mesin urut kaki dan tilam kesihatan berisi batu jed yang diperolehi.

Bukan itu sahaja, sepasang suami isteri turut kerugian RM 6,800 gara-gara terpedaya dengan sindiket gores dan menang.

Pasangan suami isteri, Anuar Long dan Rofidah Abu Bakar mendakwa mereka didatangi dua lelaki di tempat letak kereta sebuah pasaraya.

Mereka kemudian diminta membuat cabutan dan terus diberitahu telah memenangi hadiah sebuah kereta.

Bagi menuntut hadiah, mereka dibawa ke sebuah pejabat untuk melunaskan bayaran bagi mendapatkan hadiah yang dijanjikan.

Sebaik bayaran dibuat, bukan sebuah kereta yang dimenangi.

Sebaliknya hanya sebuah tilam kesihatan berisi batu jed dan satu mesin urutan kaki.

ROFIDAH ABU BAKAR / MANGSA
"Dia kata bila scan dapat hadiah tu je. Duit wat masuk doh kata nak bagi no siri nak hantar balik saya bagi dia RM 6,800 bagi kat dia dapat lembek satu tapak kaki satu tak rasa patut langsung dengan harga yang saya bayar tak patut langsunglah".

ANUAR LONG / MANGSA 
"Embek ni saya tak mahu dia kata tak pa saya ada kawan saya boleh beli lembek ni dengan harga 25 dan 26 ribu ada orang sanggup beli saya rasa tak percaya harga sebegitu saya tinggal, lembek sini ada orang beli saya datang balik tak apalah tak dapat 25 ribu dan 26 ribu janji dapat duit saya tapi dia kata tak boleh nanti pengurus saya marah".

Menyedari ditipu, laporan polis kemudian dibuat.

IBADAH KORBAN DI MASJID DAN SURAU KEKAL



Ibadah korban di negara ini yang dilakukan di masjid dan surau akan kekal, walaupun ada peraturan baru yang ditetapkan oleh kerajaan Australia, terhadap ternakan yang dibawa masuk dari negara itu.

Jaminan itu diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

DATUK DR ABDUL AZIZ JAMALUDDIN / KETUA PENGARAH JAB PERKHIDMATAN VETERINAR
"Syaratnya pun tidak banyak berbeza dan tidak bercanggah dengan apa amalan kita sekarang. Cuma masalah dia ada keperluan untuk kita menaik-taraf premis dan juga pusat penyembelihan kita".

Peraturan itu pula hanya berkuatkuasa ke atas ternakan yang diimport dari Australia.

Sedangkan ternakan untuk korban lazimnya mengambil bekalan dari dalam negara atau diimport dari Thailand.

Namun demikian, sebagai usaha menaik-taraf proses penyembelihan di Malaysia, satu garis panduan yang digubal bersama Jakim akan dilancarkan 18 Oktober ini.

Antara perkara yang disarankan - tempat penyembelihan khusus dan lengkap di masjid mahupun surau.

DATUK DR ABDUL AZIZ JAMALUDDIN / KETUA PENGARAH JAB PERKHIDMATAN VETERINAR
"Tempat penyembelihan itu sendiri mesti menepati satu kriteria yang boleh menjamin keselamatan ternakan itu sendiri. Kita lihat amalan-amalan yang lepas tu dia orang begitu mudah sekali hendak menyembelih, sediakan lubang dan sebagaimana dan terus disembelih, jadi banyak isu".

BINA RUMAH PR1MA



Tanah milik kementerian yang tidak dibangunkan - akan dibina dengan rumah mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia, PR1MA.

Jemaah menteri pada mesyuarat minggu lalu kata Timbalan Perdana Menteri - mengarahkan kementerian-kementerian untuk menyenaraikan tanah milik mereka yang tidak dibangunkan bagi tujuan itu.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN/ TIMBALAN PERDANA MENTERI
"Macam kementerian saya, kita bina sekolah tapi sesetengah kawasan itu sudah banyak sekolah, ada tapak sekolah yang tak digunakan dan di situ mungkin nak dicadang dibina (rumah mampu milik) maka kita sedia untuk serahkan kepada PR1MA."

Kerajaan kata Tan Sri Muhyiddin akan menentukan kawasan yang akan dibangunkan PR1MA untuk pembinaan rumah mampu milik berharga 300 ribu ringgit ke bawah.

Langkah itu bagi memberi peluang golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang harganya meningkat tinggi terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

PR1MA menerima peruntukan 500 juta ringgit daripada Bajet 2013 bagi membina 50 ribu unit rumah di bandar-bandar utama.

Tuesday, October 2, 2012

SUAMI HADAPI TUDUHAN CEDERA ISTERI



Kes isteri yang memuat-naik rakaman visual didera oleh suaminya ke dalam internet 30 Ogos lalu.

Siang tadi, lelaki terbabit dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya.

Tertuduh, Chiu Foo Keong tiba di mahkamah kira-kira pukul sembilan pagi ditemani peguam dan ahli keluarga.

Dia dituduh mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, dia yang juga pengusaha butik didakwa mencederakan isterinya, Amanda Fong Kim Yen, 19 tahun.

Kesalahan dilakukan di premis butiknya di Taman Ipoh Selatan, pukul empat petang, 23 Ogos lalu.

Dia bagaimanapun tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya.

31 Oktober depan - tarikh perbicaraan.

SISWA TIDAK TERMASUK DALAM KATEGORI PENERIMA BR1M



Pelajar institusi pengajian tinggi yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0.

Golongan itu bagaimanapun layak menerima baucar buku 1Malaysia bernilai 250 ringgit yang diberi buat kali kedua.

Pemberian itu akan memanfaatkan 1.3 juta pelajar di seluruh negara, membabitkan peruntukan 325 juta ringgit.

Penjelasan itu dinyatakan oleh pejabat Menteri Kewangan dalam satu kenyataan susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat lalu, memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit ke bawah layak menerima bantuan 500 ringgit.

Bantuan kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2,000 ringgit sebulan.

Mereka layak menerima bantuan 250 ringgit.

Bantuan yang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit dan mula dibayar awal tahun depan, dan akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

PERHIMPUNAN PERTAHAN AKIDAH UMMAH



Jaringan Muslimin Pulau Pinang JMPP akan mengadakan perhimpunan silaturrahim secara besar-besaran bagi mewujudkan kesefahaman dalam penyatuan ummah dan mempertahankan akidah.

Perhimpunan itu akan membincangkan cara-cara menangani anasir luar yang berniat jahat terhadap agama Islam, khususnya gerakan memurtadkan orang Islam yang didakwa semakin berleluasa di negeri terbabit.

MOHAMED HAFIZ NORDIN / PENYELARAS JMPP
"Kumpulan ini kayuh basikal berpakaian formal long sleeve macam pergi pejabat, tapi dah masuk ke kampung untuk sebarkan agama Kristian, jadi kita perlu se-agresif itu kalau mereka berani ketuk pintu rumah kampung nak jual bible bahasa Arab, tapi bagi percuma untuk tarik mereka, ini satu ancaman yang dahsyat".

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran JMPP yang merupakan gabungan 35 NGO Islam di negeri berkenaan, petang tadi.

Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober ini, tetapi lokasinya akan dimaklumkan kemudian.

Ia bertemakan "Menjana Pengorbanan, Mendepani Rintangan dan Membina Gelombang Kebangkitan".

Ujarnya, gerakan memurtadkan orang Islam itu dikesan di kawasan Seberang Perai, khususnya di Butterworth.

Justeru beliau menjemput umat Islam menyertai perhimpunan silaturrahim ummah bagi bersatu menghadapi keadaan yang membimbangkan itu.

MAYAT DENGAN KESAN TEMBAKAN DITEMUI BERHAMPIRAN EMPANGAN


Mayat seorang lelaki bertatu seekor labah-labah ditemui dalam semak dengan dua kesan tembakan berhampiran Empangan Semenyih di Kajang.

Pada lengan kanannya juga terdapat tatu nombor lapan.

Mayat itu ditemui oleh seorang pemancing lewat petang semalam.

Mangsa berseluar jeans biru, berkasut dan tidak berbaju ditemui 200 meter dari jalan raya.

Dua kesan tembakan itu di belakang badan dan kepala mangsa.

Dua kelongsong peluru turut ditemui di tempat kejadian.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri mangsa ditemui.

Juga tiada tanda kesan mangsa dirompak.

Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

KANAK-KANAK LELAKI 4 TAHUN RENTUNG DALAM KEBAKARAN



Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Lintah Tiong, Slim Village, Slim River Jumaat lalu.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata Muhammad Shahrizal Abdullah ditemui rentung di ruang tamu selepas anggota bomba selesai memadamkan kebakaran.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi .

Md Zin berkata kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang dan ketika itu mangsa berada di ruang tamu seorang diri.

Ibunya Norlia Zakaria, 51, dan lima lagi adik-beradiknya berada di bahagian dapur dan sempat menyelamatkan diri ketika api pantas merebak.

Beliau berkata seramai 11 anggota bomba dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian belum diketahui. 

AIR ASIA OFFICIALLY MOVED BANGKOK OPERATIONS TO DON MEUANG INT AIRPORT



An exciting day today as Ais Asia officially moved their Bangkok operations to a new home - Don Mueang International Airport.

Mr. Tassapon Bijleveld, CEO of Thai AirAsia, says “Don Mueang International Airport is fully ready to accommodate our services and help us achieve the goals we have set for ourselves. 

This is a perfect place for a low-cost airline to operate for many reasons. Less congestion and shorter taxi time will result in less fuel consumption and less delays. 

For our passengers, they will be able to enjoy Don Mueang’s close proximity to the city and less time for the entire travel process.

At Don Mueang, it only takes 30 minutes from check-in to the boarding gate and passengers will benefit from this hassle-free experience.”

Apart from transferring all of Air Asia  flights to the airport today, they also organized an array of colorful activities, including Thailand’s longest fashion catwalk from Don Mueang International Airport to Phuket International Airport.

Air Asia thank their  loyal customers and welcome new passengers to experience AirAsia’s service at Don Mueang Airport”.

AirAsia (FD,AK,QZ) is now ready to provide service to over 160 flights per day from Don Mueang Airport along both domestic and international routes, connecting passengers to over 77 destinations across Thailand, Asia and Australia.

THINK REWARDS,THINK FIREFLY CAMPAIGN



Firefly launched its “Think Rewards, Think Firefly” campaign at its hub in Skypark Terminal today. This first phase of the campaign, which was designed in collaboration with McDonald’s, Hertz and Big Apple Donuts & Coffee, is the airline’s initiative to add better value to its services, hence creating a more memorable travel experience for its passengers.

The first phase includes offers of up to 30 percent discount on Hertz’s standard vehicle rental rates from any of its twelve participating counters in Malaysia, a McDonald’s Breakfast Meal Special or Big Apple Breakfast & Tea Break Special at only RM5 from Skypark Terminal, Subang. Passengers can enjoy these special promotions, when they present their boarding passes at participating outlets.

Firefly’s Head of Sales and Customer Experience, Azman Ahmad said, “This campaign is initiated to reward our customers, whereby we intend to let our customers know that besides our distinguished premium services and signature hospitality, we are constantly ready to serve our passengers beyond regular expectations. We believe that a brand represents the culmination of a customer's experience and we are passionate about the details in designing them.”

In conjunction with the launch this morning, the McDonald’s and Big Apple Donuts & Coffee teams gave away breakfast treats to the crowd at the airport from 6am. The McDonald’s Chief Happiness Officer, also popularly known as Ronald Mcdonald was also present to bring smiles to the children’s faces!  Hertz simultaneously kick-started their promotion by giving away car rental vouchers to passengers.  

CEO/Managing Director of Big Apple Interasia Sdn Bhd, Mr Mike U K Chan, believes that the Big Apple promotions designed for Firefly provides added value to its passengers, at the same time allowing Big Apple to tap into the airline’s market segment. He points out that this venture marks a significant milestone for Big Apple as this comes as an excellent opportunity to work with the reputable domestic carrier on future promotions, and turn the outlet at Skypark Terminal 3 into one of the more recognisable features within that landscape.

Melati Abdul Hai, Head of Marketing at McDonald’s Malaysia, said, “McDonald’s is known as the brand leader in providing superior convenience and unbeatable value to consumers. We do this by offering great-tasting food made of quality ingredients, with a fast and friendly service, in a clean and welcoming environment, all at a great value for money. We’re confident that this partnership with Firefly will take flight successfully and we’re pleased with this opportunity to add-value to their passengers’ experience.”  

En Harun Mohd Joned, General Manager of Hertz added that Hertz is pleased to participate in the "Think Rewards Think Firefly" Campaign, especially seeing that Hertz is also strategically located at Firefly’s hub in Subang while also serving travellers at all major airport locations within Malaysia. Hertz pledges to continue supporting Firefly and looks forward to more exciting partnerships with Firefly in near future.

TEMBAK PERONDA: SEORANG LAGI REMAJA MASIH DIBURU



Seorang remaja yang dikehendaki oleh polis bagi membantu siasatan kes tembak dua anggota polis peronda - menyerah diri di Balai Polis Kepong,pagi tadi.

Ia susulan gambar suspek yang berusia 17 tahun dan dipercayai tinggal di Taman Wahyu, Jinjang, diedarkan pihak polis sejak semalam.

Seorang lagi suspek, Wan Fadrulzaman Wan Mohamad Fadil, 30 tahun yang beralamat terakhir di Mentakab, Pahang, masih lagi diburu.

Semalam polis menembak mati seorang daripada tiga suspek yang disyaki terlibat menembak dua anggota polis berkenaan.

Suspek berusia 32 tahun itu cuba meloloskan diri apabila kereta dipandunya ditahan untuk pemeriksaan berhampiran Taman Desa Water Park. 

Dalam kejadian 27 September lalu, dua anggota polis berpangkat Koperal itu cedera ditembak ketika cuba membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di persimpangan Jalan Kuchai Lama.

Koperal Nur Azlan Abu Bakar, 41 tahun - cedera di leher dan R. Subramaniam, 52 tahun pula cedera di perut.

BOMBA DAN PENYELAMAT KL TURUT SAMA DALAM BASE JUMP



Bertempat di Menara KL telah berlangsungnya satu acara yang menarik iaitu Base Jump. Semalam ada lah hari terahir acara itu dan sekali gus majlis penutupnya.

Majlis dirasmikan Pengerusi of KL Tower Datuk Dr Halim Shafie.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat KL turut  dijemput sebagai tetamu kehormat dalam majlis ini. Dan salah seorang dari penerjun dari Malaysia adalah anggota JBPM.

Beliau yang dikenali sebagai 'nick' telah membuat terjunan dengan memakai pakaian celoreng bomba.

Secara tidak langsung, beliau telah menaikkan nama JBPM seluruh negara.

Majlis ini juga menyaksikan penglibatan Unit High Rise JBPMKL yang membantu penyeliaan majlis ini pada hari pembukaan hinggalah di hari penutupnya.

JURULATIH PNBK KEM TERENDAK MELAKA BANTU UJIAN PRAKTIKAL KD PELANDOK



Buat julung kalinya pada 27 Sep 12, Jurulatih Jemputan daripada PNBK 3 Div, Kem Terendak Melaka dijemput untuk membantu menjayakan ujian praktikal kepada peserta kursus CBRNDCI Siri 3/12.

Seramai 7 orang Jurulatih Jemputan telah hadir bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Tujuan Jurulatih dari PNBK 3 Div dijemput adalah bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada unit tersebut berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam mengendalikan latihan serta operasi berkaitan aspek CBRN.

Di samping itu, jemputan ini bertujuan mengeratkan lagi ikatan kerjasama 2 hala antara Jabatan NBCD/DCFF KD PELANDOK dan PNBK 3 Div agar aspek tatacara latihan dan peralatan CBRN untuk ATM dapat diselaraskan.
               
Latihan dimulakan seawal jam 0730H di mana para peserta kursus melakukan senaman ringan dan diikuti dengan penerangan mengenai tatacara pemakaian CBRN.

Latihan diteruskan dengan ujian long march (jalan laju) dan tatacara mengendalikan mangsa yang terkena serangan CBRN.
               
Seterusnya peserta kursus dikehendaki memasuki gas chamber dan melaksanakan ujian menukar canister, face seal procedure dan decontamination procedure.

Kesemua peserta kursus berjaya mengharungi ujian dengan jayanya tanpa kecederaan.

Latihan diakhiri dengan upacara penutupan iaitu sesi bergambar dan ucapan daripada Ketua Sekolah NBCD/DCFF KD PELANDOK, Lt Kdr Meor Fuad bin Haji Zakaria.

TIMBALAN PTU LAWAT SFCU PANGKALAN UDARA KL



Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara telah melakukan Lawatan Kerja ke Staff Flying Conversion Unit (SFCU) Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg Brig Jen Dato’ Hj Mazlan bin Abas TUDM, AKS Sumber Manusia, Kol Mohd Zaki bin Ishak TUDM, Pengarah Materiel dan Pegawai Kanan PU Kuala Lumpur.

Timbalan Panglima Tentera Udara dan rombongan telah diberi taklimat oleh Pegawai Memerintah SFCU dan seterusnya melakukan Lawatan Kerja di Hangar, Pejabat SFCU serta Kit Farm.

Lawatan ini telah berakhir pada jam 11 pagi.

AKTIVITI MENEMBAK KD SRI LIKAS (KDSL) DI LAPANG SASAR KEM PARADISE, KOTA BELUD



Aktiviti menembak telah diadakan di lapang sasar Kem Paradise Kota Belud, Sabah, pada 29 dan 30 Sep bagi memenuhi latihan bulanan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dan Pegawai Kadet (PK) Pasukan Latihan Pegawai Simpanan TLDM (PALAPES-Laut) , Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Seawal 0630 pagi, PK PALAPES-Laut UMS telah bertolak dari Universiti Malaysia Sabah ke Kota Belud dan sampai di destinasi pada pukul 0800.

Seramai 56 orang PK PALAPES-Laut yang terdiri daripada 25 orang PK Pengambilan Pertama dan 31 orang PK Pengambilan Kedua telah menyertai aktiviti menembak di bawah pengendalian Pegawai Memerintah KDSL, Leftenan Mohd Hanif bin Husain TLDM, pegawai koordinasi PALAPES-Laut UMS dan staf PKSL.

Aktiviti ini turut disertai oleh pegawai dan anggota PSSTLDM, KDSL.

Sebelum memulakan aktiviti menembak, Pegawai Memerintah KDSL, telah memberi taklimat tentang penggunaan senjata AUG Styer serta langkah-langkah keselamatan sewaktu mengendalikan senjata.

Taklimat ini turut dibantu oleh BM TLR Mohamad Mustamam bin Ismail serta staf-staf dari Pusat Kecemerlangan Perahu Layar dan staf dari KDSL.

Sepanjang aktiviti menembak dijalankan, mereka dapat mempelajari tatacara mengendalikan AUG Styer dan teknik-teknik menembak yang betul, peraturan-peraturan semasa menembak serta cara-cara memastikan senjata adalah selamat selepas menembak untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Di samping itu, pertandingan menembak antara pegawai, pegawai kadet, dan staff juga diadakan.

Persaingan sengit dapat dilihat antara mereka dari segi ketepatan dan ketangkasan untuk mendahului pesaing.

Selain itu, bakat-bakat baru juga dapat dicungkil sepanjang ini aktiviti menembak ini terutamanya bagi PK PALAPES-Laut yang baru belajar menembak.

Pada sebelah petang, semua yang terlibat telah bekerjasama membersih kawasan penembakan diikuti dengan pemeriksaan badan dan membaca ikrar, seterusnya mengemaskan senjata dan peralatan untuk dikembalikan ke gedung senjata KD SRI KOTA KINABALU.

Aktiviti ini berakhir dengan pembersihan senjata AUG Styer yang telah digunakan.

Semasa aktiviti pembersihan senjata ini dijalankan, PK dan anggota PSSTLDM telah didedahkan tentang bahagian-bahagian yang ada pada senjata tersebut.

Mereka juga telah belajar dengan lebih mendalam tentang bahagian-bahagian yang terdapat dalam senjata AUG Styer ini dengan meleraikan senjata tersebut dan memasang semula setelah senjata tersebut dibersihkan.

Kesimpulannya, segala pelajaran asas pengendalian senjata api amat penting serta perlu difahami dengan lebih mendalam sebagai seorang tentera.

Selain itu,  penjagaan senjata juga merupakan satu langkah yang tidak boleh diabaikan bagi memastikan senjata tersebut dapat berfungsi dengan baik.

KUMPULAN NASYID CALIPH@NAVY KDP SERTAI FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PERAK


Bertempat di perkarangan ruang legar Mydin Hypermarket, Bandar Meru Raya telah berlangsungnya Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak.

Ia berakhir dengan meriahnya pada 30 Sep 12.  

Festival Nasyid kali Ke-6 yang bertemakan ‘Wasatiah Tunggak Kesatuan Ummah’ adalah anjuran sepenuhnya Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan (JAIP).  

Pertandingan dianjurkan adalah untuk mencari kumpulan nasyid bagi mewakili Negeri Perak untuk ke Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan kelak. 
Nasyid boleh dijadikan media dakwah yang berkesan, malah ianya  juga dapat membentuk akhlak cemerlang di kalangan generasi muda.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu alunan muzik Nasyid Kontemporari dan Tradisional.  

Di awal saringan, seramai 15 kumpulan nasyid telah menyertai pertandingan ini dengan mempamerkan persembahan dan bakat nyanyian alunan nasyid masing-masing. 
Kumpulan nasyid Caliph@Navy yang mana rata-ratanya adalah warga KD PELANDOK (KDP) turut tidak ketinggalan untuk beradu suara.

Caliph@Navy yang   diketuai oleh Bintara Kanan (BK) Mohd Khairul Hashim. 

Manakala Pengurusnya, Mejar Haminuddin Ahmad, Timbalan Pengurus Leftenan Muhammad Jamil Ismail TLDM.

Walaupun diumumkan sebagai pemenang di tempat ketiga namun ahli-ahli Caliph@Navy tetap berpuashati dengan kemenangan ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz.  

Keputusan penuh Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak mengikut kategori seperti berikut:

Kumpulan Nasyid Kontemporari
Johan : Kumpulan Ukhwah ( Universiti Malaya )
Naib Johan : Kumpulan Al-Falah ( Polikteknik Sultan Azlan Shah )
Ketiga : Kumpulan Caliph@Navy (KD PELANDOK)
 
Kumpulan Nasyid Tradisional
Johan : Kumpulan Husna ( Universiti Malaya )
Naib Johan : Kumpulan Qaseh ( Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah )
Ketiga : Kumpulan Ar-Ridzuan ( Jabatan Agama Islam Perak )

Monday, October 1, 2012

BERNAMA SPORTS DESK CHIEF ZULHIMI DIES


Bernama sports editor Zulhilmi Supaat passed away this morning.

He is a familiar face in the scene and all of us in the industry have many memories of him.

I know him as a family man.

He never misses any of the annual National Sports Council media games. 

Thank you Zulhilmi for all your contributions.

My sincere condolences to your family.

Rest in peace brother for you will be sorely missed.


KUALA LUMPUR, Oct 1 (Bernama) -- Zulhilmi Supaat, head of the Sports Desk at the Malaysian National News Agency (Bernama), died on Monday at Selayang Hospital. He was 44.

His widow, Noor Aidah Idris, 37, said Zulhilmi was admitted to the hospital last night after he complained of difficulty breathing. He died at 7.45 am.

Zulhimi leaves behind four children, Amir Fitri, nine, Alya Farisah, seven, Aina Farizah, six, and Akmal Fahmi, five.

He joined Bernama in 1992 and had covered various sports events in the country and abroad, including the recent Olympic Games in London, the Asian Games in Guangzhou in 2010, the Commonwealth Games in New Delhi in 2010 and the Thomas Cup badminton tournaments.

Zulhimi was also a committee member of the Sportswriters Association of Malaysia (SAM).

Sunday, September 30, 2012

130,000 TETAMU HADIR MAJLIS PERSANDINGAN ANAK SULUNG KETUA MENTERI MELAKA



Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman di Dewan Tun Ali Bukit Katil.

Majlis itu juga diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai tetamu teramai dalam majlis perkahwinan yang disampaikan wakil MBR Zulhairi Md Zin kepada Mohd Ali.

Majlis persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, yang bermula 10 pagi tadi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.

Turut berangkat ke majlis itu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri  Kementerian Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop serta bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithinin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir di majlis itu.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa serta pelakon, Dira Abu Zahar.

Siti Nurhaliza turut mendendangkan beberapa buah lagu pada majlis berkenaan.

Mohd Ridhwan, anak sulung Ketua Menteri itu diijabkabul bersama pasangannya di rumah Abu Zahar di Merlimau Pasir di sini, Jumaat lepas.

KES SUARAM - SSM ADAKAN PERTEMUAN DENGAN PEGUAM NEGARA RABU INI



Kertas siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia, Suaram, sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara minggu lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM, akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Rabu ini sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB / MENTERI PDNKK
"Kita serah minggu lepas hari Jumaat. Saya difahamkan hari Rabu ini ada perbincangan terakhir antara SSM dan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya".

19 September lalu, pejabat Peguam Negara, mengembalikan kertas siasatan dan mengarahkan SSM melengkapkan siasatan, terutama berkaitan akaun dan kesalahan lain mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suaram dan Suara Inisiatif Sdn. Bhd.

Kegagalan melengkapkan kertas siasatan itu menyebabkan pejabat Peguam Negara tidak dapat merangka pertuduhan terhadap pihak berkenaan.

Siasatan awal terhadap Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd oleh SSM mengesan pelanggaran serius sekurang-kurangnya lima seksyen dalam akta syarikat.

SUSPEK KES TEMBAK POLIS - MATI DITEMBAK



Polis Kuala Lumpur menembak mati seorang penjenayah dipercayai suspek yang menembak dua anggota polis di Jalan Kuchai lama tiga hari lalu.

Suspek sebelum itu cuba memecut kenderaan dinaiki dari arah Jalan Lingkaran Tengah Syed Putra berhampiran Midvalley - selepas menyedari diekori oleh polis. 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi tadi di perkarangan tempat letak kereta di Taman Desa Waterpark.

Suspek sebelum itu turut berbalas tembakan dengan polis.

ACP WAN ABDUL BARI WAN ABDUL KHALID / KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS
"Cuma yang boleh kita mengesahkan kes ini, anggota MPV lah".

Suspek yang mati ditembak berusia 32 tahun.

Polis kini memburu dua lagi penjenayah.

27 September lalu, dua anggota polis berpangkat Koperal cedera ditembak ketika cuba membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di persimpangan Jalan Kuchai Lama.

Koperal Nur Azlan Abu Bakar, 41 tahun - cedera di leher dan R. Subramaniam, 52 tahun pula cedera di perut.

Kedua- dua mereka kemudian dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM.

ATM: WE SALUTE YOU

video

TUN DR MAHATHIR TERIMA ANUGERAH PERINGATAN RAFIK HARIRI


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai penerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri Habitat, Bangsa-bangsa Bersatu 2012.

Anugerah bagi mengiktiraf kepimpinan, kenegaraan dan urus tadbir yang baik.

Jawatankuasa penganugerahan mengumumkan perkara itu di Paris, Perancis 23 Jun lalu.

Juri antarabangsa sebulat suara memilih Tun Dr Mahathir dari 13 pencalonan yang disenaraikan termasuk dari Arab Saudi, Amerika Syarikat, El-Salvador, India, United Kingdom dan Jepun.

Penasihat Saintifik Habitat PBB Profesor Banji Oyelaran-Oyeyinka berkata, Tun Dr Mahathir berjaya mempengaruhi negara-negara membangun yang lain, bagaimana untuk membangunkan sesebuah negara secara pesat dalam masa singkat.

Anugerah disampaikan pada majlis khas di New York, pada 28 September 2012.

MALAYSIAN HUMANITARIAN MISSION LEFT FOR MYANMAR



The first batch of the Putera 1Malaysia Club Humanitarian mission team left for Myanmar on Saturday Evening.

Club President and Mission Head, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahimy said the advance team of 14 members, including doctors and four media members would assess the situation and set up a medical base.

He said the team will head to the troubled Rakhine State in the west of the country.

Datuk Abdul Azeez said the main team leaves in four to five days time.

He added, a total of 50 people are involved in the mission which are expected to be back on October 19.

Datuk Abdul Azeez said the 500 tonnes of aid, including food and medical supplies, which left Port Klang on Tuesday, is expected to arrive on October 2.

Tens of thousands people have been internally displaced because of clashes between the buddhist rakhines and muslim rohingya since May.

BAJET 2013 BUKAN UNTUK BELI UNDI



Kerajaan tidak berniat untuk membeli undi melalui pembentangan Bajet 2013 yang diumumkan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebaliknya berkata ia adalah komitmen kerajaan untuk memakmurkan negara melalui dasar dan pelaksanaan yang dirancang di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib berucap di hadapan kira-kira 12 ribu pengunjung pada majlis pelancaran Program Janji Ditepati Peringkat Negeri Sembilan, di Stadium Belia dan Sukan Paroi, pagi tadi.

Beliau menegaskan, kerajaan juga tidak harus dituduh bersifat populis kerana ia berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan menunaikan janji yang diberi kepada rakyat.

Gelaran itu kata beliau merujuk kepada kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang hanya pandai berjanji namun tidak mampu menunaikannya.

BAJET 2013: HARGA GULA DIPANTAU


Seramai 1,900 pegawai penguatkuasa dan 1,300 pegawai pemantau harga akan meninjau restoran di seluruh negara bagi mengelak kenaikan harga makanan dan minuman.

Ia berikutan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata berikutan pengurangan subsidi itu, pihak pembekal makanan dan restoran sepatutnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan.

Tambahnya, langkah kerajaan mengurangkan subsidi gula sepatutnya dilihat dari segi kesihatan, kerana kerajaan ingin mengubah pengambilan gula berlebihan oleh rakyat di negara ini.

Walaupun subsidi dikurangkan, kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram membabitkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta.

Harga runcit terkini gula ialah RM2.30 sen sekilogram.

PTPTN SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN SEHINGGA 70 PERATUS


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN mensasarkan pembayaran balik pinjaman sehingga 70 peratus berikutan insentif diskaun yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2013, semalam.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed said berkata, insentif berkenaan bakal dinikmati oleh lebih dua juta peminjam.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan diskaun sehingga 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan hutang sekaligus manakala diskaun 10 peratus setahun bagi peminjam yang membayar secara konsisten.

Pembayaran boleh dilakukan bermula 1 Oktober ini sehingga 30 September tahun hadapan.
Bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman, PTPTN bakal menambah cawangan di setiap negeri sehingga akhir tahun ini.

AIR SUNGAI PENDANG MELEBIHI PARAS AMARAN



Seramai 162 mangsa banjir dari 46 keluarga di Pendang, Kedah masih berlindung di Pusat Rakan Muda, Tanah Merah setelah kampung mereka dilanda banjir sejak malam kelmarin.

Mangsa dari 11 kampung berhampiran pekan Pendang, antaranya, Kampung Banggol Kambing, Kampung Hampar Kanan, Kampung Alor Punti, Kampung Tanjung Radin dan Kampung Lubuk Gajah.

Paling teruk terjejas, Kampung Banggol Besi.

Seramai 91 penduduk dari 23 keluarga di kampung itu dipindahkan ke pusat pemindahan.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir, air sungai Pendang masih di paras tiga meter, melebihi paras amaran 2.7 meter.


DISCUSSION WITH MOTHER SUPERIOR AGNES MARIAM, FROM HOMS, SYRIA



PGPF will be holding a discussion with Mother Superior Agnes Mariam, from Homs, Syria on Tuesday, 2nd Oct at 10am at our PGPF office. Mother Agnes Mariam, born in a Palestinian refugee camp in Lebanon, has worked in Syria with the Melkite Catholic church for the last 18 years. She currently resides in Lebanon, given the crisis and threat to civilian life in Syria today.

Mother Agnes Mariam has consistently challenged mainstream media's perspectives on the Syrian crisis and would like to see the Syrian people decide on their own future without any external interference or support. She and her church have openly supported the need for reform and democratic change but have rejected the use of violence, especially when provoked by outsiders. She is especially concerned that escalation of this violence will erupt into sectarianism and further violence, as is the case with Iraq. She asserts that the minority Christian community in Syria has been living in harmony and peace for almost 2000 years with the Muslim majority and they forge a common national identity. She is a member of the Mussalaha Initiative which works for reconciliation at all levels and sects in Syrian civil society.

PGPF is taking advantage of her stopover in Kuala Lumpur enroute to Australia to conduct similar briefing sessions and we regret this short notice. She will be accompanied by another nun and our network associate Mr Alan Lonergan of Ireland. In this regard we would like to invite your reporter and photographer to this informal discussion led by Mother Agnes Mariam.

Time: 10-12 noon
Date: Tuesday 2 October 2012
Venue: PGPF @ Yayasan Albukhary Building
5th Floor, 88 Jalan Perdana
Taman Tasek Perdana
50480 Kuala Lumpur

For media enquiries, please do not hesitate to contact Dr. Zulaiha Ismail at 019-284-3913 or Fauziyah Abu Hassan @ Ajie Hassan at 013-3999901 should you have any queries.