Polis Kuala Lumpur menembak mati seorang penjenayah
dipercayai suspek yang menembak dua anggota polis di Jalan Kuchai lama tiga
hari lalu.
Suspek sebelum itu cuba memecut kenderaan dinaiki dari arah Jalan Lingkaran Tengah Syed Putra berhampiran Midvalley - selepas menyedari diekori oleh polis.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi tadi di perkarangan tempat letak kereta di Taman Desa Waterpark.
Suspek sebelum itu turut berbalas tembakan dengan polis.
ACP WAN ABDUL BARI WAN ABDUL KHALID / KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS
"Cuma yang boleh kita mengesahkan kes ini, anggota MPV lah".
Suspek yang mati ditembak berusia 32 tahun.
Polis kini memburu dua lagi penjenayah.
27 September lalu, dua anggota polis berpangkat Koperal cedera ditembak ketika cuba membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di persimpangan Jalan Kuchai Lama.
Koperal Nur Azlan Abu Bakar, 41 tahun - cedera di leher dan R. Subramaniam, 52 tahun pula cedera di perut.
Kedua- dua mereka kemudian dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM.

No comments:
Post a Comment