Seramai 162 mangsa banjir dari 46 keluarga di Pendang,
Kedah masih berlindung di Pusat Rakan Muda, Tanah Merah setelah kampung mereka
dilanda banjir sejak malam kelmarin.
Mangsa dari 11 kampung berhampiran pekan Pendang,
antaranya, Kampung Banggol Kambing, Kampung Hampar Kanan, Kampung Alor Punti,
Kampung Tanjung Radin dan Kampung Lubuk Gajah.
Paling teruk terjejas, Kampung Banggol Besi.
Seramai 91 penduduk dari 23 keluarga di kampung itu
dipindahkan ke pusat pemindahan.
Menurut jurucakap bilik gerakan banjir, air sungai
Pendang masih di paras tiga meter, melebihi paras amaran 2.7 meter.
No comments:
Post a Comment