Sunday, September 30, 2012

130,000 TETAMU HADIR MAJLIS PERSANDINGAN ANAK SULUNG KETUA MENTERI MELAKA



Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman di Dewan Tun Ali Bukit Katil.

Majlis itu juga diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai tetamu teramai dalam majlis perkahwinan yang disampaikan wakil MBR Zulhairi Md Zin kepada Mohd Ali.

Majlis persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, yang bermula 10 pagi tadi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.

Turut berangkat ke majlis itu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri  Kementerian Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop serta bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithinin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir di majlis itu.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa serta pelakon, Dira Abu Zahar.

Siti Nurhaliza turut mendendangkan beberapa buah lagu pada majlis berkenaan.

Mohd Ridhwan, anak sulung Ketua Menteri itu diijabkabul bersama pasangannya di rumah Abu Zahar di Merlimau Pasir di sini, Jumaat lepas.

KES SUARAM - SSM ADAKAN PERTEMUAN DENGAN PEGUAM NEGARA RABU INI



Kertas siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia, Suaram, sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara minggu lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM, akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Rabu ini sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB / MENTERI PDNKK
"Kita serah minggu lepas hari Jumaat. Saya difahamkan hari Rabu ini ada perbincangan terakhir antara SSM dan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya".

19 September lalu, pejabat Peguam Negara, mengembalikan kertas siasatan dan mengarahkan SSM melengkapkan siasatan, terutama berkaitan akaun dan kesalahan lain mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suaram dan Suara Inisiatif Sdn. Bhd.

Kegagalan melengkapkan kertas siasatan itu menyebabkan pejabat Peguam Negara tidak dapat merangka pertuduhan terhadap pihak berkenaan.

Siasatan awal terhadap Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd oleh SSM mengesan pelanggaran serius sekurang-kurangnya lima seksyen dalam akta syarikat.

SUSPEK KES TEMBAK POLIS - MATI DITEMBAK



Polis Kuala Lumpur menembak mati seorang penjenayah dipercayai suspek yang menembak dua anggota polis di Jalan Kuchai lama tiga hari lalu.

Suspek sebelum itu cuba memecut kenderaan dinaiki dari arah Jalan Lingkaran Tengah Syed Putra berhampiran Midvalley - selepas menyedari diekori oleh polis. 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi tadi di perkarangan tempat letak kereta di Taman Desa Waterpark.

Suspek sebelum itu turut berbalas tembakan dengan polis.

ACP WAN ABDUL BARI WAN ABDUL KHALID / KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS
"Cuma yang boleh kita mengesahkan kes ini, anggota MPV lah".

Suspek yang mati ditembak berusia 32 tahun.

Polis kini memburu dua lagi penjenayah.

27 September lalu, dua anggota polis berpangkat Koperal cedera ditembak ketika cuba membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di persimpangan Jalan Kuchai Lama.

Koperal Nur Azlan Abu Bakar, 41 tahun - cedera di leher dan R. Subramaniam, 52 tahun pula cedera di perut.

Kedua- dua mereka kemudian dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM.

ATM: WE SALUTE YOU

video

TUN DR MAHATHIR TERIMA ANUGERAH PERINGATAN RAFIK HARIRI


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai penerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri Habitat, Bangsa-bangsa Bersatu 2012.

Anugerah bagi mengiktiraf kepimpinan, kenegaraan dan urus tadbir yang baik.

Jawatankuasa penganugerahan mengumumkan perkara itu di Paris, Perancis 23 Jun lalu.

Juri antarabangsa sebulat suara memilih Tun Dr Mahathir dari 13 pencalonan yang disenaraikan termasuk dari Arab Saudi, Amerika Syarikat, El-Salvador, India, United Kingdom dan Jepun.

Penasihat Saintifik Habitat PBB Profesor Banji Oyelaran-Oyeyinka berkata, Tun Dr Mahathir berjaya mempengaruhi negara-negara membangun yang lain, bagaimana untuk membangunkan sesebuah negara secara pesat dalam masa singkat.

Anugerah disampaikan pada majlis khas di New York, pada 28 September 2012.

MALAYSIAN HUMANITARIAN MISSION LEFT FOR MYANMAR



The first batch of the Putera 1Malaysia Club Humanitarian mission team left for Myanmar on Saturday Evening.

Club President and Mission Head, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahimy said the advance team of 14 members, including doctors and four media members would assess the situation and set up a medical base.

He said the team will head to the troubled Rakhine State in the west of the country.

Datuk Abdul Azeez said the main team leaves in four to five days time.

He added, a total of 50 people are involved in the mission which are expected to be back on October 19.

Datuk Abdul Azeez said the 500 tonnes of aid, including food and medical supplies, which left Port Klang on Tuesday, is expected to arrive on October 2.

Tens of thousands people have been internally displaced because of clashes between the buddhist rakhines and muslim rohingya since May.

BAJET 2013 BUKAN UNTUK BELI UNDI



Kerajaan tidak berniat untuk membeli undi melalui pembentangan Bajet 2013 yang diumumkan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebaliknya berkata ia adalah komitmen kerajaan untuk memakmurkan negara melalui dasar dan pelaksanaan yang dirancang di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib berucap di hadapan kira-kira 12 ribu pengunjung pada majlis pelancaran Program Janji Ditepati Peringkat Negeri Sembilan, di Stadium Belia dan Sukan Paroi, pagi tadi.

Beliau menegaskan, kerajaan juga tidak harus dituduh bersifat populis kerana ia berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan menunaikan janji yang diberi kepada rakyat.

Gelaran itu kata beliau merujuk kepada kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang hanya pandai berjanji namun tidak mampu menunaikannya.

BAJET 2013: HARGA GULA DIPANTAU


Seramai 1,900 pegawai penguatkuasa dan 1,300 pegawai pemantau harga akan meninjau restoran di seluruh negara bagi mengelak kenaikan harga makanan dan minuman.

Ia berikutan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata berikutan pengurangan subsidi itu, pihak pembekal makanan dan restoran sepatutnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan.

Tambahnya, langkah kerajaan mengurangkan subsidi gula sepatutnya dilihat dari segi kesihatan, kerana kerajaan ingin mengubah pengambilan gula berlebihan oleh rakyat di negara ini.

Walaupun subsidi dikurangkan, kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram membabitkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta.

Harga runcit terkini gula ialah RM2.30 sen sekilogram.

PTPTN SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN SEHINGGA 70 PERATUS


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN mensasarkan pembayaran balik pinjaman sehingga 70 peratus berikutan insentif diskaun yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2013, semalam.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed said berkata, insentif berkenaan bakal dinikmati oleh lebih dua juta peminjam.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan diskaun sehingga 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan hutang sekaligus manakala diskaun 10 peratus setahun bagi peminjam yang membayar secara konsisten.

Pembayaran boleh dilakukan bermula 1 Oktober ini sehingga 30 September tahun hadapan.
Bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman, PTPTN bakal menambah cawangan di setiap negeri sehingga akhir tahun ini.

AIR SUNGAI PENDANG MELEBIHI PARAS AMARAN



Seramai 162 mangsa banjir dari 46 keluarga di Pendang, Kedah masih berlindung di Pusat Rakan Muda, Tanah Merah setelah kampung mereka dilanda banjir sejak malam kelmarin.

Mangsa dari 11 kampung berhampiran pekan Pendang, antaranya, Kampung Banggol Kambing, Kampung Hampar Kanan, Kampung Alor Punti, Kampung Tanjung Radin dan Kampung Lubuk Gajah.

Paling teruk terjejas, Kampung Banggol Besi.

Seramai 91 penduduk dari 23 keluarga di kampung itu dipindahkan ke pusat pemindahan.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir, air sungai Pendang masih di paras tiga meter, melebihi paras amaran 2.7 meter.


DISCUSSION WITH MOTHER SUPERIOR AGNES MARIAM, FROM HOMS, SYRIA



PGPF will be holding a discussion with Mother Superior Agnes Mariam, from Homs, Syria on Tuesday, 2nd Oct at 10am at our PGPF office. Mother Agnes Mariam, born in a Palestinian refugee camp in Lebanon, has worked in Syria with the Melkite Catholic church for the last 18 years. She currently resides in Lebanon, given the crisis and threat to civilian life in Syria today.

Mother Agnes Mariam has consistently challenged mainstream media's perspectives on the Syrian crisis and would like to see the Syrian people decide on their own future without any external interference or support. She and her church have openly supported the need for reform and democratic change but have rejected the use of violence, especially when provoked by outsiders. She is especially concerned that escalation of this violence will erupt into sectarianism and further violence, as is the case with Iraq. She asserts that the minority Christian community in Syria has been living in harmony and peace for almost 2000 years with the Muslim majority and they forge a common national identity. She is a member of the Mussalaha Initiative which works for reconciliation at all levels and sects in Syrian civil society.

PGPF is taking advantage of her stopover in Kuala Lumpur enroute to Australia to conduct similar briefing sessions and we regret this short notice. She will be accompanied by another nun and our network associate Mr Alan Lonergan of Ireland. In this regard we would like to invite your reporter and photographer to this informal discussion led by Mother Agnes Mariam.

Time: 10-12 noon
Date: Tuesday 2 October 2012
Venue: PGPF @ Yayasan Albukhary Building
5th Floor, 88 Jalan Perdana
Taman Tasek Perdana
50480 Kuala Lumpur

For media enquiries, please do not hesitate to contact Dr. Zulaiha Ismail at 019-284-3913 or Fauziyah Abu Hassan @ Ajie Hassan at 013-3999901 should you have any queries.