Sunday, September 30, 2012

130,000 TETAMU HADIR MAJLIS PERSANDINGAN ANAK SULUNG KETUA MENTERI MELAKA



Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman di Dewan Tun Ali Bukit Katil.

Majlis itu juga diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai tetamu teramai dalam majlis perkahwinan yang disampaikan wakil MBR Zulhairi Md Zin kepada Mohd Ali.

Majlis persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, yang bermula 10 pagi tadi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.

Turut berangkat ke majlis itu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri  Kementerian Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop serta bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithinin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir di majlis itu.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa serta pelakon, Dira Abu Zahar.

Siti Nurhaliza turut mendendangkan beberapa buah lagu pada majlis berkenaan.

Mohd Ridhwan, anak sulung Ketua Menteri itu diijabkabul bersama pasangannya di rumah Abu Zahar di Merlimau Pasir di sini, Jumaat lepas.

No comments: