Sunday, September 30, 2012

BAJET 2013 BUKAN UNTUK BELI UNDI



Kerajaan tidak berniat untuk membeli undi melalui pembentangan Bajet 2013 yang diumumkan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebaliknya berkata ia adalah komitmen kerajaan untuk memakmurkan negara melalui dasar dan pelaksanaan yang dirancang di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib berucap di hadapan kira-kira 12 ribu pengunjung pada majlis pelancaran Program Janji Ditepati Peringkat Negeri Sembilan, di Stadium Belia dan Sukan Paroi, pagi tadi.

Beliau menegaskan, kerajaan juga tidak harus dituduh bersifat populis kerana ia berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan menunaikan janji yang diberi kepada rakyat.

Gelaran itu kata beliau merujuk kepada kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang hanya pandai berjanji namun tidak mampu menunaikannya.

No comments: