Sunday, September 30, 2012

KES SUARAM - SSM ADAKAN PERTEMUAN DENGAN PEGUAM NEGARA RABU INI



Kertas siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia, Suaram, sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara minggu lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM, akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Rabu ini sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB / MENTERI PDNKK
"Kita serah minggu lepas hari Jumaat. Saya difahamkan hari Rabu ini ada perbincangan terakhir antara SSM dan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya".

19 September lalu, pejabat Peguam Negara, mengembalikan kertas siasatan dan mengarahkan SSM melengkapkan siasatan, terutama berkaitan akaun dan kesalahan lain mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suaram dan Suara Inisiatif Sdn. Bhd.

Kegagalan melengkapkan kertas siasatan itu menyebabkan pejabat Peguam Negara tidak dapat merangka pertuduhan terhadap pihak berkenaan.

Siasatan awal terhadap Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd oleh SSM mengesan pelanggaran serius sekurang-kurangnya lima seksyen dalam akta syarikat.

No comments: