Aktiviti menembak telah diadakan di lapang sasar Kem
Paradise Kota Belud, Sabah, pada 29 dan 30 Sep bagi memenuhi latihan bulanan
Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dan Pegawai Kadet (PK) Pasukan Latihan
Pegawai Simpanan TLDM (PALAPES-Laut) , Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Seawal 0630 pagi, PK PALAPES-Laut UMS telah bertolak dari
Universiti Malaysia Sabah ke Kota Belud dan sampai di destinasi pada pukul
0800.
Seramai 56 orang PK PALAPES-Laut yang terdiri daripada 25
orang PK Pengambilan Pertama dan 31 orang PK Pengambilan Kedua telah menyertai
aktiviti menembak di bawah pengendalian Pegawai Memerintah KDSL, Leftenan Mohd
Hanif bin Husain TLDM, pegawai koordinasi PALAPES-Laut UMS dan staf PKSL.
Aktiviti ini turut disertai oleh pegawai dan anggota
PSSTLDM, KDSL.
Sebelum memulakan aktiviti menembak, Pegawai Memerintah
KDSL, telah memberi taklimat tentang penggunaan senjata AUG Styer serta
langkah-langkah keselamatan sewaktu mengendalikan senjata.
Taklimat ini turut dibantu oleh BM TLR Mohamad Mustamam
bin Ismail serta staf-staf dari Pusat Kecemerlangan Perahu Layar dan staf dari
KDSL.
Sepanjang aktiviti menembak dijalankan, mereka dapat
mempelajari tatacara mengendalikan AUG Styer dan teknik-teknik menembak yang
betul, peraturan-peraturan semasa menembak serta cara-cara memastikan senjata
adalah selamat selepas menembak untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak
diingini.
Di samping itu, pertandingan menembak antara pegawai,
pegawai kadet, dan staff juga diadakan.
Persaingan sengit dapat dilihat antara mereka dari segi
ketepatan dan ketangkasan untuk mendahului pesaing.
Selain itu, bakat-bakat baru juga dapat dicungkil
sepanjang ini aktiviti menembak ini terutamanya bagi PK PALAPES-Laut yang baru
belajar menembak.
Pada sebelah petang, semua yang terlibat telah
bekerjasama membersih kawasan penembakan diikuti dengan pemeriksaan badan dan
membaca ikrar, seterusnya mengemaskan senjata dan peralatan untuk dikembalikan
ke gedung senjata KD SRI KOTA KINABALU.
Aktiviti ini berakhir dengan pembersihan senjata AUG
Styer yang telah digunakan.
Semasa aktiviti pembersihan senjata ini dijalankan, PK
dan anggota PSSTLDM telah didedahkan tentang bahagian-bahagian yang ada pada
senjata tersebut.
Mereka juga telah belajar dengan lebih mendalam tentang
bahagian-bahagian yang terdapat dalam senjata AUG Styer ini dengan meleraikan
senjata tersebut dan memasang semula setelah senjata tersebut dibersihkan.
Kesimpulannya, segala pelajaran asas pengendalian senjata
api amat penting serta perlu difahami dengan lebih mendalam sebagai seorang
tentera.
Selain itu,
penjagaan senjata juga merupakan satu langkah yang tidak boleh diabaikan
bagi memastikan senjata tersebut dapat berfungsi dengan baik.
No comments:
Post a Comment