Buat julung kalinya pada 27 Sep 12, Jurulatih Jemputan
daripada PNBK 3 Div, Kem Terendak Melaka dijemput untuk membantu menjayakan
ujian praktikal kepada peserta kursus CBRNDCI Siri 3/12.
Seramai 7 orang Jurulatih Jemputan telah hadir bagi
menjayakan aktiviti tersebut.
Tujuan Jurulatih dari PNBK 3 Div dijemput adalah bagi
mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada unit tersebut berdasarkan
kepakaran dan pengalaman mereka dalam mengendalikan latihan serta operasi
berkaitan aspek CBRN.
Di samping itu, jemputan ini bertujuan mengeratkan lagi
ikatan kerjasama 2 hala antara Jabatan NBCD/DCFF KD PELANDOK dan PNBK 3 Div
agar aspek tatacara latihan dan peralatan CBRN untuk ATM dapat diselaraskan.
Latihan dimulakan seawal jam 0730H di mana para peserta
kursus melakukan senaman ringan dan diikuti dengan penerangan mengenai tatacara
pemakaian CBRN.
Latihan diteruskan dengan ujian long march (jalan laju)
dan tatacara mengendalikan mangsa yang terkena serangan CBRN.
Seterusnya peserta kursus dikehendaki memasuki gas
chamber dan melaksanakan ujian menukar canister, face seal procedure dan
decontamination procedure.
Kesemua peserta kursus berjaya mengharungi ujian dengan
jayanya tanpa kecederaan.
Latihan diakhiri dengan upacara penutupan iaitu sesi
bergambar dan ucapan daripada Ketua Sekolah NBCD/DCFF KD PELANDOK, Lt Kdr Meor Fuad bin Haji Zakaria.
No comments:
Post a Comment