24 Mei 2009
Katanya, keputusan berpisah bukan dibuat atas dasar mereka bermusuhan, tetapi ia jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku.
“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya,” katanya.
Maizawati berkata, keputusan untuk tampil di media bukan dirancang, sebaliknya ia ketentuan Allah.
“Tiba masanya saya tampil memberi penjelasan supaya masyarakat memahami apa berlaku. Tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya selepas ini,” katanya.
Mengenai kemesraan suaminya dengan Waheeda, Maizawati berkata, dia sentiasa berfikiran positif dan percaya suaminya tidak berkahwin dengan penyanyi itu.
“Apa yang dia beritahu (tidak berkahwin dengan Waheeda) adalah benar. Saya harap masyarakat tidak lagi memandang serong kepadanya,” katanya.
25 Mei 2009
“Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan Waheeda dan meminta izin untuk mengahwininya.
“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata Maizawati yang secara peribadi tidak mengenali Waheeda.
Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
“Kesabaran saya sampai ke penghujung apabila Ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan yang mengatakan mereka ada ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil (empat daripadanya hasil perkahwinan dengan Akhil).
Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan, menyebabkannya tertanya-tanya haknya sebagai isteri.
Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.
“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya.
Dia berkata, keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi kerana itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya. Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita menjadi buah mulut orang.
“Bagaimanapun, sehingga kini saya tak tahu apa terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya yang hairan dengan sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil.
26 Mei 2009
Waheeda menjelaskan kepada media bahawa dia tiada apa-apa hubungan dengan Akhil Hayy seperti yang hangat diperkatakan kini.
Waheeda turut menjelaskan, desas-desus mengatakan dia sudah berkahwin dengan Akhil adalah cerita bohong.
“Biarlah dia terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu,” katanya.
Mengenai dakwaan Maizawati kononnya Waheeda tidak mahu mengakui hubungannya dengan Akhil kerana tidak boleh menerima hakikat untuk hidup bermadu, penyanyi berusia 31 tahun itu menegaskan, apa yang dikatakan wanita itu semuanya tidak benar.
“Pada saya, apa yang dikatakannya adalah andaian dia semata-mata. Jadi, lebih baik awak tanya perkara ini kepada orang yang lebih rapat dengannya,” katanya.
27 Mei 2009
Maizawati menjelaskan bahawa segala kekusutan itu bukan berpunca daripada Waheeda. Namun, dia berasakan Waheeda turut perlu bertanggungjawab dalam hal membabitkan isu rumah tangganya.
Katanya, perkara ini tidak akan berlaku jika lelaki tidak digoda. Kalau lelaki itu yang memulakannya, sebagai wanita dia juga ada hak untuk menolaknya.
“Tindakannya ke hulu ke hilir bersama-sama suami orang adalah kurang manis. Kehidupan saya, anak dan Ustaz teraniaya sejak kehadirannya dalam hidup kami. Lagipun, dia tahu Ustaz adalah suami orang.
“Sebelum ini rumah tangga kami bahagia, tidak pernah timbul masalah. Ustaz juga suami yang romantik dan bapa penyayang, tetapi jadi masalah apabila Ustaz bertemu Waheeda.”
Bagaimanapun, Maizawati menegaskan, dia tidak mahu luahan hatinya disalahertikan sebagai hendak menagih simpati mana-mana pihak. Katanya, dia sekadar hendak bersuara dengan apa yang terbuku dalam hatinya kerana tidak tahan lagi dengan sikap suaminya yang terus berdiam diri. Malah sehingga perkara ini didedahkan kepada pengetahuan umum, Akhil masih tidak menghubunginya.
“Saya bukan hendak seronok-seronok membuat tuntutan cerai. Saya pun tahu perkara itu dibenci Allah. Saya bukan tidak pernah bersabar. Namun saya sudah bersabar selama dua tahun.
“Dalam tempoh itu saya banyak mengkaji baik dan buruknya tindakan ini. Saya lakukan semua ini kerana tidak mahu membiarkan perkara tidak elok berterusan. Saya bukan minta apa-apa. Saya tidak minta lebih, saya cuma minta dia lepaskan saya,” kata Maizawati.
Sementara itu, Waheeda berkata: “Terpulang orang hendak kata apa kepada saya. Saya tak kisah jika dikatakan perampas atau menjadi punca perceraian mereka. Lagipun saya sudah lali dengan tohmahan orang. Saya juga bersyukur kerana keluarga memahami keadaan saya dan tahu saya di pihak yang benar.
“Cuma saya harap jangan sampai kesabaran saya hilang kerana jika itu berlaku, bimbang pula dia akan malu untuk keluar rumah.
“Saya mahu tengok sejauh mana dia berani bertindak. Saya bagi dia peluang. Tapi nanti kalau saya hilang sabar, saya akan dedahkan segala-galanya.”
28 Mei 2009
Selepas cerita mengenainya hangat diperkatakan, malah isterinya turut bertindak membawa perkara itu ke mahkamah, akhirnya Akhil Hayy tampil memberi penjelasan.
Namun, penceramah bebas itu masih belum berani tampil di depan media, sebaliknya memaklumkan rasa hati kepada pihak Astro Oasis.
Menurut Pengurus Saluran Oasis, Izelan Basar, Akhil menghubunginya dan menyatakan dia tidak mahu mengulas atau memberi komen kontroversi itu.
“Dia hubungi pihak kami dan memberitahu tidak akan memberi komen sehingga kes rumah tangga mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Ipoh pada 2 Jun ini,” katanya.
29 Mei 2009
Akhirnya Akhil Hayy bersuara: “Saya kecewa dengan tindakannya yang keluar rumah tanpa keizinan suami.
“Sepatutnya, apa saja yang berlaku dalam rumah tangga kami dalam tempoh tiga bulan, sama ada saya balik atau tidak, dia seharusnya merujuk perkara itu kepada pejabat kadi, bukannya media.”
Katanya, pendedahan yang dibuat isterinya itu secara tidak langsung mengundang spekulasi yang boleh mengganggu karier dan menjejaskan kredibilitinya sebagai pendakwah.
“Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak bertemu isteri dan tidak tampil membuat kenyataan. Disebabkan dia sudah membuat pendedahan kepada media terlebih dulu, jadi tempat yang saya rasa paling sesuai untuk membicarakan hal ini adalah di mahkamah saja,” katanya.
No comments:
Post a Comment