By the declining day (1) Lo! man is a state of loss (2) Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance (3) Qur'an, al Asr:103
Saturday, September 12, 2009
JOM CUBA KABSAH
Bahan:
1. Daging kambing 350 gram atau 500 gram
2. Jintan putih, kayu manis dan lada hitam
3. Tomato, cili hijau dan cili besar
4. Garam secukup rasa
Cara memasak:
Daging kambing di stim antara sejam ke dua jam. Selepas itu rempah ratus seperti jintan putih, kayu manis dan lada hitam digaul dengan daging kambing dan dibungkus bersama kertas aluminium. Biarkan beberapa jam atau semalaman untuk rasa yang lebih enak. Untuk nasi, masak menggunakan beras Basmathi seperti biasa tetapi dicampur dengan sedikit kayu manis, bawang dan lada hitam. Apabila masak, masukkan cili hijau, cili besar dan tomato. Apabila hendak makan, daging kambing tadi boleh dipanaskan.
(p/s: Menu sama boleh didapati di Restoran Saba, Cyberjaya.)
Makanan tradisi arab yang dikenali sebagai kabsah ini adalah campuran daging kambing yang dimasak bersama nasi bersama pelbagai herba.
Rasanya hampir sama seperti nasi beriani tetapi daging kambingnya lembut dan tidak berbau kerana diadun bersama rempah ratus seperti jintan, kayu manis dan lada hitam.
Selain kabsah, korang juga boleh mencuba hanith atau daging kambing dibalut dengan kertas aluminium. Ada juga aoukdh, fasolya, mogalgal, tebsi dan shawerma.
Ayam shawerma mengandungi isi ayam seolah-olah disiat kecil dengan campuran kentang goreng, roti, salad dan mayonis.
Manakala aoukdh pula adalah daging ayam atau kambing aoukdh yang dihancurkan dan dicampur dengan kentang serta lada atau cili hijau.
Biasanya menu ini dinikmati bersama roti seperti mana kita menjamah roti canai dan kari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment