Tuesday, September 15, 2009

Manhattan dijual RM83.82

Dokumen penjualan Manhattan kini dipamerkan di Muzium South Street, New York

Menurut dokumen sejarah, keseluruhan bandar raya Manhattan yang merupakan kota kewangan dunia dibeli daripada penduduk asli Red Indian dengan harga AS$24 (RM83.82),

Satu-satunya testimoni bertulis mengenai penjualan Manhattan pada 400 tahun lalu kini menjadi bahan penting pada satu pameran mengenai New Amsterdam iaitu sebuah penempatan Belanda yang akhirnya dirampas penjajah British tetapi ia kini dikenali sebagi New York.

Surat yang jarang-jarang dipertonton kepada umum dengan saiz kertas A3, beberapa peta, buku dan dokumen daripada Arkib Kebangsaan Belanda dipamerkan di Muzium South Street Seaport di sini, esok.

Pameran itu merupakan sebahagian sambutan yang meraikan ulang tahun ke-400 Henry Hudson yang meneroka Manhattan bagi pihak Belanda untuk Syarikat India Timur Belanda.

New York kini dihuni lebih lapan juta orang serta mempunyai pelbagai bangunan hebat termasuk bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang diserang pengganas pada 11 September 2001.

No comments: