Thursday, August 12, 2010

KISAH GAZA


Palestin juga turut dikenali sebagai ‘Land of Canaan’ dalam sejarah kuno. Ianya bermula pada 1250 SM apabila orang Palestin memasuki Canaan dari Crete. Seterusnya, suku bangsa Israel pula memasuki Canaan di Yerikho pada 1100 SM dan mereka telah mendirikan kerajaan Yudea pada 1000 SM. Pada 935 SM, kerajaan mereka telah dibahagikan kepada dua iaitu Israel di bahagian utara dan Yehuda di bahagian selatan. Walau bagaimanapun, pada 725 SM, kerajaan Israel telah ditakluk dan dibawa ke Babylonia. Nasib yang sama diterima oleh kerajaan Yehuda pada 600 SM dan bangsa Israel dibahagikan kepada dua sama ada Babylonia mahupun Canaan.

Bermula dari 330 SM hingga 70 M, orang-orang Greek menguasai Canaan. Manakala Rom mula menguasai Palestin dari 63 SM hingga 614 M. Seterusnya, giliran orang Arab menakluk Palestin, 638 M. Pada masa pemerintahan orang Arab, mereka menggunakan bahasa Arab dan ramai yang telah menjadi muslim. Bermula pada 638 hingga 1517 M, peraturan Arab mula digunakan kecuali ketika pemerintahan Tentera Salib. Turki Uthmaniyah mula mengambil alih memerintah Palestin dari 1517 hingga 1918 M.

A land without people for a people without land

Merujuk petikan di atas, rejim Zionis telah menyebarkan mitos bahawa orang Arab Palestin adalah nomad tanpa budaya dan peradaban. Malah bangsa Palestin dikatakan tidak memiliki identiti kebangsaan dan tidak mempunyai struktur ekonomi yang kukuh.

Rejim Zionis bukan sahaja menafikan Palestin sebagai negara membangun yang mereka teah rampas, malah turut menyangkal identiti dan kewujudan Palestin. Mereka mendakwa bahawa ‘Inggeris mencipta identiti Paestin’ dengan menafikan bukti-bukti seperti adanya surat khabar bahasa Arab iaitu Filastin,1911.

Pada tahun 1948, orang-orang Arab Palestin sama ada Kristian mahupun Islam dari tradisi budaya Arab dan peradaban, mempunyai ekonomi yang berkembang baik. Mereka tinggal di kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai perabot, sama ada mereka tinggal di bandar besar mahupun bandar kecil. Namun kini, semuanya telah dirampas oleh Zionis. Penduduk pula mula menjadi pelarian dalam negara mereka sendiri.

Pertumbuhan ekonomi di Palestin hanyalah rekaan dan ianya palsu. Hal ini kerana Israel pada hakikatnya hanya bergantung kepada subsidi dari luar untuk menutupi kerugian yang dialami secara berterusan.

Penduduk asal Arab Palestin diperakui oleh perenggan 4, perkara XXII: Perjanjian Liga Bangsa-bangsa Bersatu sebagai “a provisionally independent nation”. Palestin juga diletakkan di bawah kelas A. Status yang menunjukkan bahawa penduduk asal sangat maju dalam kehidupan mereka. Namun, ia hanyalah kemahuan Zionis yang ingin mewujudkan majoriti kaum Yahudi di Palestin melalui migrasi. Bagaimanapun, hal ini telah ditentang oleh orang-orang Arab Palestin, dan menyebabkan kemerdekaan Palestin dihalang. Sedangkan, dalam ‘White Paper’ bulan Mei , 1939, menyatakan bahawa orang-orang Arab Palestin telah diakui oleh kuasa besar bahawa penduduk Palestin berhak untuk menuntut kemerdekaan Negara mereka.

Zionis telah menghancurkan gerakan kesatuan pekerja Palestin untuk merdeka.

No comments: