Tuesday, November 10, 2009

TERKINI: DR ASRI DIDAKWA JUMAAT

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin bakal dihadapkan ke Mahmakah Syariah Jumaat ini atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah.

Sumber di Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, mendedahkan siasatan kes itu sudah selesai dan sedia untuk dibawa ke mahkamah.

Dr Mohd Asri ditahan penguatkuasa JAIS pada 1 November lalu ketika menyampaikan kuliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Selangor.

Bekas Mufti Perlis itu kemudian dibawa ke balai polis Hulu Klang selama dua jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Susulan penahanan itu, JAIS kemudian mengarahkan Dr Mohd Asri supaya menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, Tokoh Maal Hijrah Universiti Sains Malaysia, USM 1430 itu dibebaskan dengan bon jaminan bagi membolehkan beliau dipanggil semula.

Dr Mohd Asri akan didakwa mengikut Seksyen 119 (1), Enekmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana mengajar tanpa tauliah daripada JAIS.

Jika sabit kesalahan, bekas mufti itu boleh di denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments: