Sunday, January 16, 2011

Bunuh Anak

`Memang tertuduh menjerut leher anaknya hingga mati tetapi tertuduh didapati tidak bersalah atas alasan ketidakupayaan mental'.

Dengan penghakiman itu, Mahkamah Tinggi George Town mengarahkan Rosniza Ibrahim dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta selama diperkenan yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Menurut hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin, tertuduh menghidap penyakit kemurungan serius dan dalam keadaan tidak sedar ketika melakukan perbuatan itu pada 18 Februari 2007.

Rosniza berdepan dua tuduhan membunuh dua anaknya di rumahnya di Taman Indah, Lebuh Batu Maung Lapan, Bayan Lepas.

Muhamad Alif Hakimi enam tahun dibunuh 11 malam dan Muhamad Alif Hazimi, dua tahun 15 minit kemudian.

Rosniza dalam kemurungan serius antara dua ribu hingga 2007 kerana masalah rumah tangga dan suami mahu berkahwin lain.

Seorang Pelajar Hangus

Seorang pelajar sebuah pusat pengajian agama, rentung dalam satu kebakaran yang memusnahkan asrama kediamannya awal pagi tadi. Mangsa yang terperangkap di dalam biliknya gagal menyelamatkan diri kerana api marak dengan cepat.

Kebakaran bermula kira-kira 1.30 pagi di Jalan Felcra, Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Ia membabitkan sebuah banglo menempatkan 20 pelajar Pusat Pengajian Hayatul Uloom, pusat tahfiz Al-Quran dan pengajian agama Islam.

Rumah ini dijadikan tempat penginapan dan bilik kuliah. Bomba yang menerima panggilan jam 2.07 minit pagi tiba bersama dua jentera dari Balai kajang dan Pandan Indah. ketika kejadian beberapa pelajar baru hendak tidur. Usaha penghuni memadamkannya gagal.

Mayat pelajar, Abdul Rahman Rosmadi, 7 tahun, kemudiannya ditemui rentung. Rakan mangsa, Mohd Harris Abdullah berkata, dia terdengar jeritan Abdul Rahman namun tidak mampu hendak menolongnya.

Mohd Harris Abdullah/Rakan: "Masa saya tidur tu, pastu saya nak letak kaki, api tu sambar saya. Pastu saya tengok dia orang tengah tiup-tiup api tu, Pastu saya loncat ke bawah. Saya terus larilah".

Menurut mudir pusat pengajian ini, Dr Shahrir Hussin, bangunan ini mempunyai sijil kelulusan bomba.

Dr Shahrir Hussin: "Buat sementara dicutikan. Kita sekarang bangunan ini di bawah bomba. Bomba ambil-alih. Bila siasatan dah siap, laporan dia akan serah balik kepada kitalah".

Pusat pengajian ini ditubuhkan tujuh tahun lalu.

GURU POLITIK

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG 41 hingga DG 48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, langkah itu berlandaskan hakikat guru satu masa dahulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

Bagi tujuan itu, Tan Sri Sidek berkata Pindaan Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993 telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata tidakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan itu. Sebelum ini, peraturan itu menetapkan hanya pegawai dalam kumpulan sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik. Tetapi dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan selain pengetua tau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang sebarang jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

Lubuk YU: Jumlah Kematian Meningkat

Jumlah kematian akibat bakteria meliodiosis dan leptospirosis di hutan lipur Lubuk Yu, Pahang, meningkat kepada enam.
Pagi tadi, seorang anggota bomba dari balai Bandar Pusat Jengka, Mat Nor Abidin Ismail, meninggal dunia di Hospital Temerloh disahkan dijangkiti bakteria itu.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Hoh Kai Mun. Katanya, Allahyarham, seorang daripada anggota terbabit dalam operasi menyelamat mangsa lemas di hutan lipur Lubuk Yu akhir bulan lalu.
Jabatan Kesihatan Pahang baru-baru ini menjalankan operasi membersih kawasan sekitar hutan lipur Lubuk Yu . Lebih 50 petugas menggunakan pakaian khas bagi mengelak dijangkiti bakteria berkenaan.

Pengusaha Lori Enggan Akur

"Kami tidak akan akur dan tidak akan bayar saman."
Itu kata Persatuan Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur, mengenai larangan kenderaan berat di tiga lebuh raya pada waktu puncak bermula 2 ogos depan." Larangan itu diumumkan pihak Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS. Ia bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas, membabitkan 450 ribu kenderaan sehari di laluan itu. Saman akan dikeluarkan polis kepada pengusaha lori yang ingkar.

ALVIN CHONG, SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN PENGUSAHA LORI SELANGOR & KUALA LUMPUR.
"Larangan lori (atas jalan raya) perlu diwartakan dan mendapat kelulusan Parlimen atau Menteri Pengangkutan, yang menyatakan laluan tertentu tidak dibenarkan, jadi saya akan menasihatkan ahli-ahli supaya tidak membayar saman kerana kami akan mencabar penguatkuasaan itu di mahkamah".

Katanya, tiada bukti sahih menunjukkan lori penyebab kesesakan. Perbincangan juga tidak dilakukan dengan persatuannya mengenai larangan berkenaan.

ALVIN CHONG, SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN PENGUSAHA LORI SELANGOR & KUALA LUMPUR
"Siapa yang akan sengara akhirnya? Pengguna yang akan sengsara disebabkan penangguhan penghantaran barangan memakan masa, jika wujud caj tambahan disebabkan pe

Guru dibenar sertai politik

Senario politik tanah air mungkin berubah apabila Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG 41 hingga DG 48 dibenarkan menceburi bidang itu bermula satu ogos ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, langkah itu berlandaskan hakikat, guru suatu masa dahulu memainkan peranan penting dalam masyarakat dan politik negara.

Bagi tujuan itu, Tan Sri Sidek berkata, Pindaan Peraturan 21 Peraturan-peraturan Pegawai Awam, Kelakuan Dan Tatatertib 1993 telah diperkenan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan itu.
Sebelum ini, peraturan itu menetapkan hanya pegawai dalam kumpulan sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik. Tetapi dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai memegang sebarang jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu. Beliau berkata syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik.

Ah Long Diculik dan Dibelasah

Kebiasaannya Ah Long buat hal dengan peminjam, ugut, pukul dan culik. Itu yang berlaku. Tetapi di Johor, kisahnya lain pula. Dua Ah Long diculik oleh peminjam dan dibelasah. Tak cukup dengan itu, wang tebusan RM30 ribu dituntut dari keluarga Ah Long.

Ketua Polis Johor berkata, bertindak atas maklumat anak mangsa yang menerima panggilan telefon pada 6 Julai, memaklumkan penculikan mangsa dan wang tebusan. RM5,000 dimasukkan ke dalam akaun bank manakala RM25,000 secara tunai.

Polis bagaimanapun berjaya menahan lima lelaki dan dua wanita dilakukan di Kota Tinggi, sebaik mangsa culik dilepaskan. Mereka yang ditahan berumur 16 hingga 41 tahun. Buku bank, wang tunai RM6,500 dan 6 telefon bimbit antara yang dirampas daripada penculik.

Kereta mangsa turut ditemui. Polis kini mengesan dua lelaki berkenaan yang alamat terakhir di Felda Tenggaroh, Mersing umtuk membantu siasatan.