Kebiasaannya Ah Long buat hal dengan peminjam, ugut, pukul dan culik. Itu yang berlaku. Tetapi di Johor, kisahnya lain pula. Dua Ah Long diculik oleh peminjam dan dibelasah. Tak cukup dengan itu, wang tebusan RM30 ribu dituntut dari keluarga Ah Long.
Ketua Polis Johor berkata, bertindak atas maklumat anak mangsa yang menerima panggilan telefon pada 6 Julai, memaklumkan penculikan mangsa dan wang tebusan. RM5,000 dimasukkan ke dalam akaun bank manakala RM25,000 secara tunai.
Polis bagaimanapun berjaya menahan lima lelaki dan dua wanita dilakukan di Kota Tinggi, sebaik mangsa culik dilepaskan. Mereka yang ditahan berumur 16 hingga 41 tahun. Buku bank, wang tunai RM6,500 dan 6 telefon bimbit antara yang dirampas daripada penculik.
Kereta mangsa turut ditemui. Polis kini mengesan dua lelaki berkenaan yang alamat terakhir di Felda Tenggaroh, Mersing umtuk membantu siasatan.
No comments:
Post a Comment