Sunday, January 16, 2011

Seorang Pelajar Hangus

Seorang pelajar sebuah pusat pengajian agama, rentung dalam satu kebakaran yang memusnahkan asrama kediamannya awal pagi tadi. Mangsa yang terperangkap di dalam biliknya gagal menyelamatkan diri kerana api marak dengan cepat.

Kebakaran bermula kira-kira 1.30 pagi di Jalan Felcra, Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Ia membabitkan sebuah banglo menempatkan 20 pelajar Pusat Pengajian Hayatul Uloom, pusat tahfiz Al-Quran dan pengajian agama Islam.

Rumah ini dijadikan tempat penginapan dan bilik kuliah. Bomba yang menerima panggilan jam 2.07 minit pagi tiba bersama dua jentera dari Balai kajang dan Pandan Indah. ketika kejadian beberapa pelajar baru hendak tidur. Usaha penghuni memadamkannya gagal.

Mayat pelajar, Abdul Rahman Rosmadi, 7 tahun, kemudiannya ditemui rentung. Rakan mangsa, Mohd Harris Abdullah berkata, dia terdengar jeritan Abdul Rahman namun tidak mampu hendak menolongnya.

Mohd Harris Abdullah/Rakan: "Masa saya tidur tu, pastu saya nak letak kaki, api tu sambar saya. Pastu saya tengok dia orang tengah tiup-tiup api tu, Pastu saya loncat ke bawah. Saya terus larilah".

Menurut mudir pusat pengajian ini, Dr Shahrir Hussin, bangunan ini mempunyai sijil kelulusan bomba.

Dr Shahrir Hussin: "Buat sementara dicutikan. Kita sekarang bangunan ini di bawah bomba. Bomba ambil-alih. Bila siasatan dah siap, laporan dia akan serah balik kepada kitalah".

Pusat pengajian ini ditubuhkan tujuh tahun lalu.

No comments: