Sunday, January 16, 2011

Ling Liong Sik Didakwa

Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu kerajaan. Beliau didakwa memperdaya jemaah menteri berhubung pembelian tanah untuk projek `Mega Distribution Hub' di Pelabuhan Klang.

Sejak pagi, wakil media sudah menunggu di Mahkamah Sesyen Kajang selepas tersebarnya berita seorang kenamaan akan didakwa. Bagaimanapun tanda tanya individu yang akan didakwa hanya terjawab selepas kelibat Tun Dr Ling hadir di perkarangan mahkamah 4.36 petang tadi. Beliau tiba bersama isterinya Toh Puan Ena Ling.

Dua pertuduhan dikenakan. Satu pertuduhan utama. Satu lagi pertuduhan pilihan, mengikut Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan. Kepada dua pertuduhan itu Tun Dr Ling yang duduk di kandang tertuduh mengaku tidak bersalah.

Hakim Suzana Hussin membenarkan beliau diikat jamin RM1 juta. Sebutan kes - 3 September depan.

No comments: