Sunday, January 16, 2011

Imigresen Diberi Kuasa Penuh

Ketua Pengarah Imigresen kini diberi kuasa penuh bagi menerima atau menolak permohonan warga asing bagi mendapatkan permit masuk ke negara ini. Kuasa yang diperturunkan daripada Menteri sejak 15 julai lalu adalah bagi mempermudahkan prosedur permohonan itu.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
"Untuk mengupayakan KP Imigresen dalam konteks permohonan permit masuk. Mereka boleh ada kuasa dan amanah untuk meluluskan kalau ada yg tak puashati boleh merayu pada menteri".

Sebelum itu proses permohonan permit masuk warga asing dikatakan menyukarkan permohonan berikutan karenah birokrasi. Datuk Seri Hishammudin sebelum itu menganugerahkan taraf kewarganegaraan kepada 89 penduduk minoriti Siam di Kampung Terbok, Tumpat, Kelantan.

Ia seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada masyarakat itu, 15 Julai lalu, selepas menantinya sejak 40 tahun lalu.

No comments: