Sunday, January 16, 2011

Utamakan Kepentingan Negara

Kepentingan negara harus diutamakan dan mengatasi segalanya termasuk kepentingan kaum. Ingatan itu diberi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika rakyat mahukan Malaysia terus aman dan makmur.

Tan Sri Muhyiddin Yassin/ Timbalan Perdana Menteri
"Kita harus mengimbangi kepentingan setiap komuniti dan pada masa sama kepentingan negara. kadang kala, permintaan melampau daripada etnik tertentu akan mengakibatkan permusuhan dengan komuniti lain. Permusuhan ini sudah tentu akan menegangkan hubungan etnik yang menjejaskan perpaduan kebangsaan."

Beliau berkata demikian pada ucaptama Sidang Kemuncak Kepimpinan Mahasiswa Malaysia Ke- 4, siang tadi.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia hubungan etnik yang harmoni paling diutamakan, demi kepentingan kebangsaan. Pendidikan, ujar beliau boleh merapatkan jurang ekonomi dan mengukuhkan perpaduan.

Ia boleh dicapai menerusi pemberian biasiswa, meningkatkan mutu pendidikan dan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi.

No comments: